Pada 31/7/2010 ( Sabtu ) bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah diadakan Program Selangkah ke Puncak Jaya, khusus untuk calon PMR tahun ini sebagai motivasi pecutan akhir menjelang PMR. Penceramah undangan ialah Dr Suhairi bin Mohd Sata dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan
Saturday, July 31, 2010
PROGRAM SELANGKAH KE PUNCAK JAYA ( PMR ) PADA 31/7/2010
Pada 31/7/2010 ( Sabtu ) bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah diadakan Program Selangkah ke Puncak Jaya, khusus untuk calon PMR tahun ini sebagai motivasi pecutan akhir menjelang PMR. Penceramah undangan ialah Dr Suhairi bin Mohd Sata dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan
Posted by ANAK PRIBUMI 0 comments
Thursday, July 29, 2010
WARGA SMKSB TERBAHARU
1. Mohamad Yusof bin Mohd Said
( Opsyen: Kemahiran Hidup / MPV )
2. Mohd Fitri bin Baharin
( Opsyen: Matematik / Muzik )
SELAMAT BERTUGAS
Posted by ANAK PRIBUMI 0 comments
AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MINGGU INI
28/7/2010
Program Gerakan Cakna Diri SPM 2010
31/7/2010
Program Selangkah ke Puncak Jaya ( PMR )
Posted by ANAK PRIBUMI 0 comments
Thursday, July 22, 2010
Mai Mohon Kat Sini : Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia: "- Sent using Google Toolbar"
Posted by ANAK PRIBUMI 0 comments
Tuesday, July 13, 2010
SMK SG BAYOR menangis
Terasa sekali kehilangannya, tiada lagi jelingan manja tetapi memaknakan, tiada lagisenyuman manis pada awal pagi menyambut kedatangan warga sekolah. Kepulangan beliau ke rahmatullah secara tragis dan tiba-tiba merentap seluruh jiwa kita, meragut segenap harapan dan pergantungan kita.
Seorang pentadbir yang berjiwa bonda kepada kita, walaupun ada ketika kita terasa bahang api kemarahannya, namun semua itu jika nilai secara rasional adalah untuk kebaikan dan keuntungan kita. Bukan kita bersikap hipokrit, bukan tujuan untuk mengampu-ampu tetapi kenyataan tetap kenyataan. Yang baik kita bilang baik, yang elok tetap kita kata baik.
Kita baru saja mula berjinak, baru saja dapat mengikut rentak tari yang dimainkan, kita sudah dapat menerima aliran dan tatacara yang digarapnya. Tiba-tiba tanggal 8/7/2010 pukul 4.40pm kita kehilangan seorang bonda yang berwibawa. Sebak, pilu, sukar percaya bersilih ganti menerawang di minda kita. Pertanyaan demi pertanyaan berolak dalam kotak fikiran. Antara percaya dengan tidak betulkah pengetua kita sudah tiada? Tapi takdir Allah, dengan ketentuan Allah, tidak siapa dapat menahan. Puan pengetua kembali ke rahmatullah. Allah lebih menyayangi allahyarhamah. Kita tidak mampu menahan walaupun sesaat. Hukum alam yang hidup pasti akan mati.
Walaupun jasadnya tiada depan mata kita, tapi jadikan bait-bait nasihat dan visi yang digarapkan oleh allahyarhamah selama ini sebagai wadah yang membakar semangat juang kita terutama dalam pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.
Dimana kan kita cari ganti
yang serupa dengan nya
Tak sanggup kita menahan
menangis dan menderita
Dunia gelap menjadi gelita
cahaya indah tiada berguna
keluhan hati kita, tiada suara, tanggisan kita, tiada bernada
tika kita belajar merangkak
tika kita mula mengatur tapak
tika kita terjatuh rebah, tika kita berlari anak
ada tangan memimpin kita
ada tangan memaut kita
ada tangan mengusap manja
ada tangan menggapai segera
tapi kini
kita berlari sendiri
kita berjalan kendiri kita bangun sendiri
kita belajar berdikari
berkat nasihat yang diberi
dorongan dan semangat yang ditaburi
kita jadikan azimat terperi, umpama sinar penyuluh diri
DAMAILAH KAU DI SANA, LATIFAH BT AHMAD, DI SISI TUHAN YANG ESA
Posted by ANAK PRIBUMI 1 comments