Thursday, April 1, 2010

Terpengaruh Filem Lucah | Kenali Anak Kita

Terpengaruh Filem Lucah | Kenali Anak Kita: "Terpengaruh Filem Lucah
Posted by sekretariat on January 21st, 2010

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetto.com.mhy

SUBANG JAYA: Akibat terpengaruh dengan aksi seks beramai-ramai yang ditonton melalui filem lucah menyebabkan empat sahabat karib menjadikan seorang pelajar perempuan yang juga kenalan seorang daripada mereka sebagai mangsa.

Difahamkan, kumpulan remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun berkenaan sanggup melakukan hubungan seks beramai-ramai tanpa rasa malu walaupun cuba dihalang mangsa.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia 15 tahun berjalan kaki sendirian dari sekolah untuk pulang ke rumahnya di Kinrara, Puchong, kira-kira jam 1 tengah hari, 13 Januari lalu.

Namun, mangsa tiba-tiba dihampiri seorang remaja itu yang juga kenalan mangsa sebelum menawarkan untuk menghantarnya pulang dengan menunggang motosikal.

Bagaimanapun, mangsa dibawa bersiar-siar sebelum singgah di rumah kosong.

“Di rumah itu sudah sedia menanti tiga remaja lain dipercayai rakan kenalan mangsa itu.

“Mangsa kemudian diperkosa bergilir-gilir oleh kumpulan remaja berkenaan yang langsung tidak mengendahkan rayuan mangsa supaya dilepaskan.

Menurutnya, mangsa diperkosa kemudian dibebaskan sebelum mangsa pulang ke rumah dalam keadaan trauma.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku berikutan mangsa difahamkan pernah diperkosa kumpulan remaja sama kira-kira dua bulan lalu.

Dalam kejadian rogol kali pertama itu mangsa enggan menceritakan apa yang dialami berikutan bimbang dimarahi ahli keluarga.

“Bagaimanapun kejadian diperkosa buat kali kedua oleh kumpulan sama menyebabkan mangsa berdendam sebelum menceritakan apa yang berlaku kepada ahli keluarganya. “Mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat mangsa, polis menjalankan gerakan memburu semua suspek terbabit sebelum semua remaja lelaki berkenaan diberkas dalam beberapa tangkapan berasingan sejak 15 Januari lalu,” katanya.

0 comments: