Sunday, January 10, 2010

RASA-RASA KITA SELAMATKAH

"1 kes rogol setiap 4 jam di Malaysia

Jawapan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow, di Dewan Rakyat semalam seolah menggambarkan keadaan jenayah dalam negara kita terkawal. Umpamanya beliau berkata indek jenayah di empat buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur menunjukkan penurunan.

Dalam pada itu beliau menjelaskan pada tahun 2005, terdapat 9,617 kes ragut, 15,409 kes rompak dan 497 kes bunuh. Tahun 2006, 9,551 kes ragut (turun 66 kes), 21,419 kes rompak (naik 6,010) dan 604 kes bunuh(naik 107).

Lebih membimbangkan lagi adalah kes rogol. Tetapi menurut Timbalan Menteri berkenaan walaupun terdapat 1,206 kes rogol (yang dilaporkan) untuk 7 bulan pertama tahun ini, 86% telah diselesaikan. Saya tidak nampak kes yang diselesaikan itu, yang saya nampak adalah jumlah kes iaitu 1,206 dari Januari ke Julai 2007, bermakna terdapat purata 172 kes rogol sebulan ataupun 5.7 kes sehari di Malaysia ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam!"

0 comments: