Saturday, January 2, 2010

PMR Daerah Larut Matang dan Selama

: "Keputusan PMR 2009



Seramai 363 pelajar atau 5.72 peratus daripada 6350 calon sekolah di Daerah LMS memperolehi semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Nilai Gred Purata Daerah (GPD) menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 iaitu 2.95 berbanding 2.91 pada tahun lepas. Sementara peratus pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.74 peratus iaitu 59.02 peratus berbanding 58.29 peratus pencapaian pada tahun lepas.


Dua sekolah memperolehi pencapaian 100 peratus iaitu SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SMK Taman Tasek. Pencapaian terbaik sekolah Luar Bandar adalah SMK Tengku Menteri (61.5%). Sebanyak sepuluh mata pelajaran menunjukkan peningkatan dan lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Geografi menunjukkan sedikit penurunan.

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang. Terima kasih kepada semua guru yang bekerja keras untuk kejayaan pelajar masing-masing. Untuk para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang juga diucapkan tahniah, semoga dapat meneruskan kecemerlangan dimasa akan datang.

0 comments: