Sunday, January 10, 2010

Menjana Aspirasi Diri: aspirasidiri : Kemiskinan Bukan Halangan , Cemerlang PMR 09

Menjana Aspirasi Diri: aspirasidiri : Kemiskinan Bukan Halangan , Cemerlang PMR 09: "sumber > utusan <
Kemiskinan jadi perangsang
PASIR MAS 24 Dis. - Anak penoreh getah dan pemandu lori merupakan antara calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di luar bandar yang mencatat pencapaian cemerlang di negeri ini.
Nurul Shafika Ayub, 15, yang memperoleh 9A dan Muhammad Afnan Hamdan, 15, yang mendapat 8A tidak membiarkan soal kemiskinan menghalang mereka daripada berjaya dalam pelajaran yang bakal mencorak masa depan lebih baik.
Nurul Shafika, anak sulung daripada lima beradik itu melihat kepayahan hidup keluarga yang bergantung hidup pada torehan getah dengan purata pendapatan RM500 sebulan, sebagai pendorong untuk berjaya.


''Setiap kali cuti sekolah, saya pulang ke rumah dan membantu ayah memungut susu getah, walaupun penat, saya ingin merasai sendiri kepayahan ayah untuk menyara kami.
''Saya bertekad mengubah nasib keluarga melalui kejayaan dalam pelajaran dan berharap beroleh pekerjaan yang baik dan mampu membantu keluarga dan adik-adik kelak,' ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Dayat, Tok Uban di sini hari ini.
Nurul Shafika memperoleh 9A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Sains Rumah Tangga, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab-Komunikasi.
Muhammad Afnan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiang Chandi di sini yang merupakan anak seorang pemandu lori pula, agak terkejut dengan keupayaannya memperoleh 8A dalam PMR dan muncul sebagai pelajar terbaik sekolahnya.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia hanya mendapat 2A dalam peperiksaan percubaan, namun peluang tinggal di asrama sejak awal tahun ini berjaya meningkatkan pencapaiannya.
Selain aktif dalam Persatuan Kadet Polis di sekolah, Afnan juga giat dalam bidang kokurikulum dengan mewakili negeri dalam sukan angkat berat.
Sementara itu, sekolahnya SMK Tiang Chandi, muncul antara sekolah yang melonjak tinggi daripada segi pencapaian dengan mencatatkan peningkatan peratus kelulusan hampir 100 peratus iaitu kepada 50.69 peratus berbanding 28.4 peratus tahun lalu."

0 comments: