Sunday, January 10, 2010

KECEWA?

: "Tuesday, January 5, 2010


PENAWAR KEKECEWAAN

Pada tahun baru ini, pasti ramai yang ingin mengubah kehidupan. Bagi mereka yang kecewa, pasti anda ingin membuang jauh perasaan itu.

Jika anda pernah kecewa kerana putus cinta, masalah rumahtangga atau apa saja yang dikategorikan 'masalah', lakukan perubahan segera. Semoga tahun 2010 ini memberi anda rasa bahagia yang berkekalan. Berikut bebarapa panduan menghilangkan rasa kecewa :

LUAHKAN

Jika anda tidak meluahkan rasa kecewa, ia mungkin boleh memudaratkan anda. Anda boleh mengalami kemurungan dan tekanan (stress).

Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit sebanyak kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang ada peroleh daripada mereka. Selain itu, dapatkan kaunselor untuk membantu anda mengurangkan rasa kecewa.

BERI TUMPUAN KEPADA HIDUP

Terus berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

TERIMA KENYATAAN

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan.

Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha mengubah nasib kita. Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita.

Hadapinya dengan tenang dan redha keraa selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

BERFIKIR

Senaraikan prio dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa keputusan anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.

Biarkan ia berlalu dan lama kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

POSITIFKAN DIRI

Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi. Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan dengan rasa kecewa.

Lihatlah kepayahan orang lain… Apabila kita lihat kepayahan dan kesukaran orang lain, kita akan merasa lebih terkawal kerana kita masih bernasib baik…

SEMBAHYANG DAN MENDEKATI AL-QURAN

Inilah kaedah yang paling baik. Kembali kepada yang mencipta. Carilah ketenangan di tikar sembanyang kala orang lain lena diulit mimpi….

Bacalah hadiah paling berharga untuk umat Islam iaitu Al-Quran….

Carilah kekuatan yang terkandung didalam ayat-ayat Allah SWT."


dipetik dari blog Sakinag bt Dolah

0 comments: