Saturday, January 30, 2010

Jengking Merah

"25 Pesanan Luqmanul Hakim

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2. orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12. janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17. selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.





Memahami Erti GHUROBA ...


Ghuroba....
Ghuroba...ibarat panah yang tidak dilepas pada dahi sesiapapun selain atas izin ALLAH
Ghuroba...telah kami pilih untuk menjadi motto hidup
Jika anda bertanya tentang kami maka kami tidak peduli terhadap segala bentuk tirani
Kami adalah prajurit biasa ALLAH, jalan kami adalah jalan dakwa

Ghuroba...
Kami tidak peduli terhadap ikatan rantai bahkan kami akan terus selamanya
Jadi kami berjihad, berperang dan berjuang dari awal
Ghuroba...adalah agar mereka bebas dari perbudakan dunia

Ghuroba...
Berapa kali kami diingatkan bahawa suatu waktu kami akan berjaya
Di dalam Kitab ALLAH yang kami lantunkan di pagi dan petang hari

Ghuroba....


Akhlaq yang berdasarkan kepada pengalaman indera semata-mata
Suatu natijah yang tidak dapat dielakkan hasil dari titik pandangan ini dalam kehidupan individu ialah bahawa keseluruhan ruang lingkup akhlaq manusia mestilah bebas dan kosong daripada sebarang perasaan tanggungjawab. Manusia akan menganggap dirinya sendiri sebagai yang berkuasa penuh ke atas badannya dan kekuatan-kekuatan fizikalnya. Oleh itu, ia akan menggunakan kekuatan-kekuatan fizikalnya dan kualiti-kualiti akal dan hatinya menurut kehendak nafsu dan ragamnya. Ia akan menganggap bahawa semua benda-benda dan seluruh manusia yang telah diletakkan di bawahnya secara kebetulan sebagai barang kepunyaannya dan dirinya sebagai tuan mereka. Hanya batasan-batasan undang-undang tabi’e dan had-had yang terpaksa dikenakan oleh kehidupan secara kolektif, yang meletakkan batasan terhadap kekuasaanya.

Dirinya sendiri akan kosong daripada apa-apa perasaan moral. Suatu perasaan bertanggungjawab dan takutkan penghisaban dan tidak ada kuasa moral yang akan mengawal tindakan kerasnya. Jika penahan-penahan luar ke atas tindakannya tidak ada atau jika ia boleh mengelak dari kawalan-kawalan ini, kecenderungan tabi’e kepercayaannya akan mendorongnya untuk menjadi zalim, tidak amanah, kejam dan ganas. Ia mudah dibawa oleh perasaan untuk mementingkan diri sendiri, menjadi seorang materialis dan seorang yang bertindak menurut edaran masa. Memuaskan nafsu dan keperluan kebinatangan akan menjadi matlamat utama kehidupannya. Perkara-perkara yang berfaedah kepadanya dalam pandangannya hanyalah perkara-perkara yang berfaedah kepadanya dalam pencapaian matlamat hidupnya itu tadi. Adalah tabi’e dan
logik bahawasanya mereka-mereka yang berpegang kepada dogma ini akan berkelakuan dan mempunyai keperibadian sedemikian rupa. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa kemungkinan wujud individu yang mempunyai sifat-sifat seperti simpati dan tidak mementingkan diri sendiri hasil dari pandangannya yang jauh terhadap masa depannya dan juga sifat expedient yang dipunyainya. Ia mungkin bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam mencapai kebajikan nasional dan kemajuan. Ia mungkin secara keseluruhannya mempamerkan sedikit perasaan tanggungjawab dan hormat terhadap prinsip-prinsip moral. Tetapi jika dikaji secara mendalam terhadap akhlaqnya, anda akan mendapati bahawa setiap “kebaikan” yang kelihatan itu adalah lanjutan dari motif-motif yang mementingkan diri sendiri dan hawa nafsunya. Ia melihat kesejahteraan dan kebaikan tanahair atau negaranya dari kacamata peribadi semata-mata. Ia mencari kebaikan dan kesejahteraan untuk dirinya melalui pembaikan tanahair dan negaranya. Oleh yang demikian, mereka hanya boleh digelar sebagai seorang nasionalis sahaja.

Ciri-ciri masyarakat yang didirikan di atas akhlaq ini.

Ciri-ciri yang menonjol bagi sesuatu masyarakat yang dibentuk oleh individu-individu yang mempunyai akhlaq dan keperibadian yang telah disebutkan itu adalah seperti berikut:

Prinsip asas dalam siasah ialah bahawasanya hak wewinangan menentukan sesuatu itu (sovereignty) diberi kepada beberapa orang manusia, individu, suatu keluarga, suatu kelas atau kepada orang awam. Ideal kolektif yang paling luhur yang dianggap dapat dilakukan ialah dengan membentuk suatu komenwel. Negara ini akan diperintah oleh undang-undang buatan manusia. Setiap undang-undang akan dibuat atau dipinda menurut nafsu dan pengalaman-penglaman manusia. Polisi-polisi juga akan dirumus dan diubah mengikut kemahuan atau faedah peribadi. Dalam negara ini, mereka-mereka yang kuat dan melebihi yang lain dari segi kecerdasan, kepintaran menipu, berdusta, khianat, sikap tak ambil peduli dan kekejaman akan meningkat melalui kekuatan. Pimpinan masyarakat dan tampuk kekuasaan akan berada di
dalam tangan manusia-manusia seperti ini. Di dalam perlembagaan mereka akan termaktub prinsip: “Kekuatan itulah yang benar dan yang lemah itu sentiasa salah.”

Keseluruhan binaan masyarakat dan peradabannya akan didirikan di atas dasar mementingkan diri sendiri. Pembenaran (pemissiveness) dalam soal memenuhi nafsu syahwat seseorang akan bertambah serta meningkat, dan ukuran moralnya akan dibentuk supaya kebebasan sepenuhnya untuk memenuhi nafsu syahawat terjamin untuk semua orang. Seni budaya dan sastera akan dipengaruhi oleh falsafah hidup ini yang mana lama kelamaan akan menjurus kepada kelucahan dan aliran-aliran pomografi.

Dalam bidang ekonomi pula, kadang-kadang kaum pekerja akan menubuhkan kerajaan diktator proletariat melalui cara kekerasan. Walau bagaimanapun, keadilan tidak akan menjadi sebahagian daripada sistem-sistem ekonomi ini. Akhlaq setiap individu dalam masyarakat ini akan ditetapkan oleh pegangan asasnya yang mengatakan bahawa dunia ini dan segala kejayaan yang ada di dalamnya merupakan suatu hasil rampasan perang (booty) dan setiap manusia bebas untuk mengambil semahunya dan bila masa peluang itu wujud. Sistem pendidikan yang dirangka untuk melatih serta mendidik ahli-ahli masyarakat ini akan didasarkan kepada falsafah hidup ini dan mencerminkan sikap yang sama. Sistem pendidikan ini akan menerapkan di dalam generasi selanjutnya tentang pandangan yang sama terhadap dunia dan kedudukan
manusia di dalamnya yang telah diterangkan sebelum ini. Dalam setiap bidang ilmu pengetahuan maklumat serta penerangan akan disusun dan disampaikan secara sistematik untuk menanamkan di dalam pemikiran generasi baru tentang teori-teori kehidupan yang sama. Keseluruhan program latihan akan direkabentuk untuk melahirkan individu-individu yang mengambil sikap yang sama dalam kehidupan, dan akan diserapkan sepenuhnya ke dalam masyarakat ini. Saya tidak perlu berkata lebih panjang kepada anda tentang ciri-ciri sistem pendidikan jenis ini kerana anda sendiri pernah melalui sistem tersebut. Anda sedang belajar di institusi-institusi yang telah ditubuhkan di bawah sistem yang sama, sungguhpun mereka mempunyai nama-nama seperti ‘Kolej Islamiah’ atau ‘Universiti Muslim’ dan sebagainya.

Sikap dan pemikiran yang telah saya analisiskan itu muncul daripada sikap jahiliah setulen-tulennya. Sikap dan pemikiran ini sama dengan keadaan pemikiran seorang kanak-kanak yang bergantung semata-mata kepada pandangan inderanya dan menganggap api itu sebagai mainan yang menarik. Walau bagaimanapun, di sana terdapat suatu perbezaan. Ketidakbenaran pandangan kanak-kanak itu tadi akan jelas terbukti melalui pengalaman. Api yang dianggap oleh kanak-kanak itu sebagai barang mainan merupakan suatu bahan yang panas. Oleh itu apabila dia menyentuhnya dengan tangan, akan ketaralah bahawa api itu bukan barang mainan. Di sebaliknya pula, dalam kes yang sebelum ini, pandangan yang salah itu hanya menjadi ketara selepas berlalunya waktu yang panjang. Sesungguhnya kebanyakan manusia akan berada dalam kejahilan terhadap kesilapan pandangan dan penglihatannya. ‘Api’ yang dipegang oleh mereka ini mempunyai kepanasan yang rendah. Ia tidak terbakar dengan serta merta. Ia terus membakar berabad-abad lamanya.
Walau bagaimanapun jika seseorang itu berhasrat untuk belajar dari pengalaman-pengalaman hariannya ia patut memikirkan kembali bahawa disebabkan gaya berfikir beginilah, individu-individu sering melakukan penipuan, pemerintah-pemerintah melakukan penindasan dan kezaliman, hakim-hakim berlaku tidak adil, yang kaya menginginkan hak-hak orang lain, dan orang-orang biasa menjadi sesat. Sesungguhnya pengalaman hariannya yang sedemikian rupa, banyak pengajarannya. Lebih dasyat lagi ialah pengalaman-pengalaman seperti api-api nasionalisma, materialisma, peperangan yang membara dan konfrantasi, serangan-serangan serta kejadian-kejadian hebat dan keterlaluan yang timbul dan gaya berfikir yang sama, yang mungkin memaksanya untuk membuat kesimpulan bahawa gaya berfikir ini didasarkan kepada jahiliah daripada didasarkan kepada pengetahuan yang sebenar tentang Al Haq (kebenaran). Pandangan manusia terhadap sistem alam dan kedudukannya dalam alam yang didasarkan di atas dogma jahiliah ini tidak selaras dengan Al Haq, sebagaimana terbukti jelas dengan natijah-natijah dahsyat yang lahir darinya.

ISLAM DAN JAHILIAH
OLEH:
ABUL A’LA MAUDUDI


HATI KANVAS

(coretan puisi dari cerpen yang tidak diterbitkan)

Hati kanvas...
Longlai bersahaja bersinar intan
Dikuasai dendam kesumat
Hitam kekuningan
Kuasa Harta mutlak
Meninggalkan keyatiman dan kerutan
Coklat bernisan

Hati kanvas...
Luahan tak berkesudahan
Hanya dia yang tahu tapi...
Tak mengerti
Apa sebenarnya?
Darjat dan kuasa mindanya
Ketawa dan tangis
Pun tidak berguna
Kenapa?
Itulah amarah dilubuk hatinya
Hati kanvas yang tidak bernyawa
Tapi mampu bersuara
Lantang...Keliru...Bersahaja...

nukilan: Lanuntawau/20.11.2001



ikan percik kelantan alawafif

IKAN PERCIK KELANTAN

Bahan-bahannya:

6 EKOR IKAN KEMBUNG
1 BIJI KELAPA AMBIL 5 CAWAN SANTAN
5 ULAS BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
3 BATANG SERAI
1 1/2 INCI HALIA
ASAM KEPING
GARAM
SEDIKIT GULA

CARA-CARANYA:

1. Ikan dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.Dibakar.
2. Bila sudah masak, lumurkan dengan kuah percik. Dibakar dan dibalik-balikkan agar kuah meresap ke dalam isi ikan. Siap.

[b]Untuk Kuah Percik

1. Halia, serai, bawang merah, putih diblender.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping.
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula. Kacau.

Untuk Hidangan

Ikan Bakar diletakkan di dalam pinggan. Curahkan kuah percik ke atas ikan tersebut. Siap.... syaratnya kena buat banyak2. senang org nak tambah

http://irwanadlan.blogspot.com/2008/10/ikan-percik-kelantan-alawafif.html

0 comments: