Tuesday, December 1, 2009

Seloka Pasal Budak Sekolah -( iSTIMEWA UNTUK STUDENT yg ambil exam tahun 2009 )

Seloka Pasal Budak Sekolah -


Dengarlah ini satu alkisah
Budak sekolah empunya cerita
Marilah kita dok ambil kisah
Sebab kisah ini pun ada kaitan dengan kita

Pagi-pagi kita nak pegi skolah
Mak bapak tengok pun naik gembira
Nampak menjadi anak yang sorang ni lah
Maka bermulalah episod duka lura

Kita ke sekolah macam nak rak
Buku dibawa berkotak-kotak
Harap jadilah orang berotak
Rupanya haprak semuanya rosak

Orang lain terus masuk sekolah
Tapi kita pulak dok kona lipat
Member dah tunggu kat belakang sekolah
Kat pondok lah kita merempat

Tiap kali ujian kita dapat merah
Cikgu pun naik letih asyik bersyarah
Sampaikan dahi di plaster cap pangkah
Kita masih tak makan dek sanggah

Pengetua pulak datang rambut menggerutu
Hendak jumpa murid satu-persatu
Mahu aje dia bagi peluku
Kita pun diam ajer bagai si bisu

Bila time exam PMR kita mulalah ralat
Macam-macam soalan hendak dijawab
Sampai kepala naik pening2 lalat
Gatalnya badan macam berkurap

Alangkah remuk redam hati mak bapak
Rambut yang lebat menjadi botak
Duit dah ranap berkotak
Bila result SPM kita jadi SAP pulak"

0 comments: