Saturday, December 19, 2009

News - kampusku

News - kampusku: "Kod Amalan Jaminan Kualiti Pengajian Tinggi di Malaysia – Malaysian Qualification Agency (MQA)
Amalan bijak jaminan kualiti pengajian tinggi memerlukan kriteria dan standard yang jelas, telus dan adil yang bertindak sebagai rujukan kepada penilaian dan laporan ke atas kualiti program pengajian yang ditawarkan oleh pemberi pendidikan tinggi.

MQA telah membangunkan kod amalan jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan amalan bijak antarabangsa dan dipersetujui melalui konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan.

Kod amalan ini menyediakan garis panduan dan keperluan umum dalam perkara-perkara berikut:

(i)


Visi, misi dan hasil pembelajaran;

(ii)


Rekabentuk dan penyampaian program;

(iii)


Pengambilan dan sistem sokongan pelajar;

(iv)


Sistem penilaian hasil pembelajaran;

(v)


Staf akademik;

(vi)


Kemudahan pengajaran dan pembelajaran;

(vii)


Penilaian program;

(viii)


Kepimpinan, governan dan pentadbiran; dan

(xi)


Penambahbaikan kualiti berterusan.

Pada amnya, jaminan kualiti di institusi pengajian tinggi dilaksanakan melalui proses penilaian program pengajian. Terdapat dua peringkat penilaian dalam jaminan kualiti ini iaitu:

(i)


Akreditasi Sementara – iaitu fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.


(ii)


Akreditasi – iaitu satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan.

Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 juga memperuntukan status swa akreditasi kepada institusi pengajian tinggi yang telah matang dan mempunyai mekanisme jaminan kualiti dalaman yang mantap. Untuk mencapai status swa akreditasi ini, institusi pengajian tinggi perlu melalui proses audit institusi dan jika berjaya mendapat status swa akreditasi, kesemua kelayakan yang ditawarkan oleh institusi bertaraf swa akreditasi ini akan didaftar secara automatik ke dalam Dafar Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Register , MQR).

Setiap penilaian kualiti di atas memerlukan pemantauan terus-menerus bagi memastikan program-program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi dijamin kualitinya.




Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran, iaitu;

(i)


Pengetahuan ilmu bidang;

(ii)


Kemahiran praktikal;

(iii)


Kemahiran dan tanggungjawab sosial;

(iv)


Nilai, sikap dan profesionalisme;

(V)


Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;

(vi)


Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;

(vii)


Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan

(viii)


Kemahiran mengurus dan keusahawanan.

Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning time) dan bukannya berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.
KAITAN ANTARA HASIL PEMBELAJARAN, JAM KREDIT, MQF DAN MQA"

0 comments: