Tuesday, December 1, 2009

kaunseling

"Misi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

1. Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

2. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (IQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

3. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.



Visi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.



Falsafah Bimbangan dan Kaunseling
Berdasarkan kepada tiga bidang:

1. Etika kemanusiaan

Kesejahteraan manusia dipupuk melalui hubungan interpesonal yang baik. Setiap individu perlu diberi layanan dan pertolongan tanpa mengira ras, aras kecerdasan, keturunan, kepercayaan dan taraf sosio-ekonominya.

2. Sosiologi

Persekitaran sosial klien membolehkannya bertingkahlaku mengikut peraturan sosial dan norma masyarakat.

3. Psikologi

Pendekatan hendaklah sejajar dengan perbezaan individu. Klien diberi kebebasan untuk menceritakan apa saja yang berkaitan dengan masalahnya.




Rasional Perkhidmatan Kaunseling
1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.

2. Ketidakseimbangan emosi.

3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.

4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.

5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.

6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.

7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.

8. Masalah peribadi dan keluarga.

9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.

10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.

11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.




Tujuan Kaunseling
1. Memberi Maklumat

a) Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat .
b) Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor.

2. Menggalakkan Celik Akal

a) Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran).
b) Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya.

3. Memberi Sokongan

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4. Penyelesaian Konflik

a) Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak).
b) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan.

5. Membuat Keputusan

a) Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan.
b)Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.




Objektif Kaunseling
1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.

2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.

3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.

4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.




Definisi Kaunseling
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling."

0 comments: