Friday, December 11, 2009

Kampung Sungai Bayor

"Berketurunan Pattani

Jumlah keseluruhan penduduk di Mukim Ulu Selama merangkumi Kampung Sungai Bayor dan kampung-kampung sekitarnya ialah seramai 18,396 orang. Majoriti penduduk berketurunan Melayu dengan hanya segelintir penduduknya berketurunan Cina dan India. Aktiviti sosioekonomi penduduk Melayu kebanyakannya bergantung pada pertanian seperti menjadi penoreh getah, pengusaha kebun kelapa sawit dan pesawah. Kaum Cina pula lebih cenderung kepada kegiatan perniagaan dengan membuka kedai runcit dan sebagainya.

Memandangkan Pekan Selama dan Sungai Bayor bersempadan dengan Negeri Kedah dan Kelantan serta penduduknya terdiri daripada keturunan Pattani dari Thailand maka pertuturan mereka lebih kepada negeri-negeri ini. Asal usul kebanyakan penduduk Melayu di sini adalah dari selatan Thailand khususnya dari daerah Pattani yang berhijrah ke Tanah Melayu sejak lebih beratus-ratus tahun yang lalu. Faktor ini dapat dilihat dengan jelas melalui amalan budaya, adat resam dan pertuturan mereka yang menggunakan loghat Pattani."

0 comments: