Saturday, December 12, 2009

Bagaimana melanjutkan pelajaran selepas SPM « Sifu Anda Menulis

Nah, bagaimana keputusan SPM anda keseluruhannya? Baguslah. Ini bermakna anda pelajar bijak dan sudah diiktiraf melalui keputusan yang baru lalu. Jadi sekarang apakah perancangan anda? Kepada sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi maka sifu bolehlah cadangkan laluan ini:

Permohonan masuk ke peringkat ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dan MARA – tarikh tutup 18 Mac 2008. Tapi hanya calon yang cemerlang 1A atau 2A semua subjek.

Permohonan masuk ke peringkat diploma atau asasi undang-undang di IPTA

Permohonan masuk ke peringkat diploma di politeknik (nota:mesti menggunakan pelayar Internet Explorer 6 ke atas, tapi kenapa ya sedangkan IE kurang selamat berbanding Firefox, fikir-fikir-fikir)

Permohonan masuk ke matrikulasi KPM

Permohonan masuk ke program Asasi Sains Universiti Malaya (termasuk program persediaan khas kemasukan Universiti Jepun) – permohonan melalui MOHE tidak seperti dulu melalui bahagian matrikulasi KPM

Permohonan masuk automatik bagi yang layak ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah (ke peringkat STPM) – semakan akan dibuka kemudian di pautan ini.
Rujukan maklumat syarat masuk T6 spt dalam web JPJohor (diterimapakai seluruh negara).

Permohonan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) , dikenali juga dengan singkatan PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang berjaya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah perguruan di IPTA ditetapkan. Keutamaan pelajar cemerlang yang berminat. (edit 140308-0745, terima kasih En. Bilik Sebelah di atas peringatan itu)

Tambahan (21/3/08) : Permohonan mengikuti Program Pra-Diploma UiTM (2 jenis: pra-diploma sains dan pra-diploma perdagangan) – tarikh tutup 25 Mac 2008. Baca juga syarat minimum. Tetapi terbuka hanya kepada calon bumiputera. Bagi pra-perdagangan, keutamaan ialah calon dari Sabah dan Sarawak sahaja. [Terima kasih Dyanadileme, sifu langsung terlupa pasal peluang ini]

Jika berkesanggupan dari segi kewangan dan persetujuan keluarga, pelajar juga boleh memohon masuk ke kolej dan universiti swasta (IPTS) yang banyak di Malaysia. Antaranya ialah Multimedia College atau Multimedia University (MMU) milik Telekom Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Inti College, dan sebagainya.

Ketika memohon melalui lamanweb MOHE, anda juga mestilah membaca semua fail PDF yang disediakan oleh universiti masing-masing sebelum membuat keputusan apakah penawaran program baik dan sesuai dengan anda. Anda juga mesti menyedari bahawan permohonan itu mempunyai kategori A, B, C dan D. Pastikan anda mengetahui anda dalam kategori apa. Masalah kewangan? Sifu galakkan anda semua memohon biasiswa JPA bagi pemohon IPT dalam negara. Baca dengan teliti semua syarat dan keperluan permohonan. Jangan sekali-kali malu memohon. Usaha dahulu, fikirkan kemudian sama ada diterima atau tidak. Ada rezeki adalah biasiswa itu. Tapi yang pastinya , hanya calon terbaik akan ditawarkan biasiswa oleh JPA. Selain dari itu, pelajar juga masih boleh memohon pinjaman PTPTN selagi memenuhi syarat ditetapkan. Sifu ada terjumpa lamanweb tentang biasiswa di Malaysia, http://www.malaysia-scholarship.com/ . Anda digalakkan melawat lamanweb tersebut tetapi sifu tidak dapat bertanggungjawab jika maklumat diberikan di dalam lamanweb itu bertentangan dengan maklumat rasmi. Gunakan maklumat di malaysia-scholarship.com dengan hemat dan kebijaksanaan pelajar sendiri. Use at your own discretion.

Diharap pos ini akan dapat membantu anda.

Entri ini telah dipos pada Mac 13, 2008 pada 10:22 pm dan diletakkan dibahagian Umum, belajar. Tagged: biasiswa, further study, ipta, ipts, jpa scholarship, keputusan spm, masuk ipt, panduan lepasan spm, pra-diploma, ptptn, spm. Anda boleh mengikuti apa-apa respon kepada pos ini melalui RSS 2.0 feed. Respons ditutup, akan tetapi anda boleh trackback daripada laman web anda sendiri.
589 Respons kepada “Bagaimana melanjutkan pelajaran selepas SPM”

1.
zedin berkata
Mac 14, 2008 pada 7:39 am

sifu, sy disini hanya mahu mntk pendapat shj.. kakak sy yg baru dpt rslt SPM bingung mau ikut jurusan perniagaan atau perakaunan… result die seperti BM(A2), BI(B3), Agama Islam(A1), Sejarah (A2), Mathematics (A1), Science (A2), Prinsip Akaun (A1), Ekonomi Asas (A1) dan Perdagangan (A1).. kalau ikut pendapat sifu,apakah peluang yg lebih cerah utk dia? utk pengetahuan sifu, die juga dpt sijil ACCA tu utk akaun… boleh tahu dengan rslt seperti ini masih bolehkah die dpt biasiswa.?? tq.
2.
sifu2b berkata
Mac 14, 2008 pada 9:34 am

Zedin, terserah kpd individu mana nak pilih. Ambil bidang perakaunan tentunya lebih baik kerana dari segi nilai pasaran, pemegang degree accounting dan cemerlang lebih baik dari degree jurusan perniagaan. Tetapi sebelum memasuki ijazah, kakak zedin terpaksa melalui peringkat pra-ijazah-diploma atau matrikulasi/asasi atau STPM.

Sifu boleh pandangan seperti ini. Jika jelas kakak zedin ingin masuk ke ijazah perakaunan, cara terpantas ke IPTA ialah matrikulasi dan sifu nampak kakak zedin punya kelayakan terbaik ke sana. Jika tak selesa ke matrikulasi, kakak zedin bolehlah pergi ke diploma perakaunan di UiTM, politeknik atau IPT lain. Bezanya ialah belajar bagi tempoh 3 tahun, baru lepas tu sambung ke ijazah 3-4 tahun lagi. Utk pengetahuan zedin, berbanding program ijazah lain, ijazah perakaunan adalah ijazah profesional dan utk itu semua IPT di Malaysia wajib menawarkan program 4 tahun. Ijazah lain seperti ijazah pengajian perniagaan (business studies), ijazah ekonomi dan lain-lain hanya perlu 3 tahun.

Zedin dan kakak zedin haruslah faham bahawa program perakaunan tidak dapat dipendekkan sama seperti program ijazah perubatan iaitu 5 tahun. Kenapa tak pendek? Supaya graduan dapat diiktiraf sebagai lepasan program profesional. Oleh itu pengorbanan individu yang bercita-cita mencipta kerjaya dalam perakaunan adalah perlu dan kesanggupan untuk belajar bagi tempoh lebih lama berbanding graduan lain. Zaman sifu dulu lain, semua program ijazah adalah program 4 tahun, so tiada masalah rasa ketinggalan.

Berkenaan biasiswa, setiap pelajar berpeluang sama rata. Kakak zedin digesa mohon semua yang mungkin. Dengan prestasi yang ditunjukkan di atas, peluang adalah cerah. Tetapi ingat kemasukan ke matrikulasi, pelajar berpeluang mendapat biasiswa/dermasiswa juga. Kemasukan keperingkat diploma juga begitu, sila rujuk biasiswa JPA.

Okay zedin, bagaimana dengan awak. Adakah anda akan dapat mengatasi kakak awak tahun ini? Kunci kakak awak sangat cantik dan kalaulah bukan kerana BI itu B3, sifu nak sangat kakak zedin mencuba program ke luar negara. Apa-apapun cuba baca lebih lanjut, jika berminat program ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dalam bidang perakaunan atau perniagaan. manalah tau rezeki.
3.
zedin berkata
Mac 14, 2008 pada 2:54 pm

thanx sifu, pnjgnye penerangan.. hehe.. hurm… mmg kalau ada rezeki die bolehlah mohon utk ke matrikulasi.. tetapi bukan ke syarat utk ke matrikulasi perlu ada matematik tambahan? kakak saya x ambil sub itu termasuk juga sy yg akan ambil spm thn ni.. thanx sifu, sy akan cuba atasi rslt kakak sy… psl program ke luar negara sy dah tgk syarat nya… die mahu semua subjek A dan utk program perakaunan BI perlu A.. so nmpknya tiada rezeki… maybe kalau cube mohon InsyaAllah kalau ada rezeki dptla..

sy ingin mnta pendapat sifu, subjek add maths mmg wajar diambil utk students yg ambil Akaun, tetapi kebanyakan sekolah ada juga yg tidak mengajar subjek ini.. so, apakah peluang kpd kami semua nnt mase slps spm kurang?? mmg hajat dihati mahu mempelajarinya, tetapi subjek ini kritikal dan kalau bljr sndiri pun sdh tntu sukar.
4.
sifu2b berkata
Mac 14, 2008 pada 3:43 pm

Zedin, rugi juga ya jika tak ambil AddMath. Spt yang zedin dan sebut di atas, kakak awak terlepas beberapa peluang krn ada syarat kelayakan pelajar memperoleh gred lulus/kepujian dalam AddMath. Nasihat sifu, jika masih sempat zedin tambah subjek AddMath. Kalau sklh zedin ada kelas aliran sains tulen, maknanya adalah guru addmath. Zedin hendaklah bertekad utk berjaya. Jika zedin sememangnya berminat memasuki bidang perakaunan, maka jangan biarkan masa hadapan zedin tergendala kerana masalah kecil sebegini. Susah, sukar atau tidaknya subjek addmath, banyak bergantung kpd motivasi pelajar, bukannya subjek itu. Jika ada individu yang mampu mendapat gred 1A, disekolah zedin atau di Malaysia ini, knp pula zedin mesti menyebelahi kumpulan ‘pengalah’ dan sanggup mengorbankan perancangan karier zedin. Suatu masa nanti sifu takut zedin akan terkilan kerana prestasi cemerlang tapi tak dapat masuk ke matrikulasi, diploma perakaunan hanya kerana kurang 1 subjek.

Sifu yakin zedin punya matlamat, memilih cita-cita yang tinggi, dan motivasi diri yang kukuh. Jika tidak masakan zedin selalu bekunjung ke blog seperti ini. Sifu dapat rasakan yang zedin adalah satu individu pelajar yang berfikiran terbuka, bertambah matang, berani mencuba dan yakin kepada perubahan masa hadapan. So, buka sekolah ini, hari isnin ini terus berjumpa dengan guru yang menguruskan pendaftaran subjek dan minta tambah subjek addmath. Untuk memudahkan diri zedin, bawa sekali surat bertandatangan ayah atau ibu yang memohon kpd sekolah mempertimbangkan zedin menambah subjek addmath. Tapi zedin harus ingat, surat ibu bapa bukanlah wajib, cuma lagi ia membantu diri zedin ‘negotiate’ dengan guru pendaftaran SPM dan guru subjek addmath. Sebagai guru, sifu sedar zedin akan menghadapi dilema berhadapan guru ini memandangkan pendaftaran spm sudah sampai ke penghujungnya. Tetapi tak apa, berusahalah supaya zedin tidak terkilan di hari saat kegembiraan (keputusan SPM 2009 diumumkan contohnya) dan zedin tak dapat mencari laluan terbaik kerana addmath tak ada dlm senarai.

sifu terpaksa menulis panjang khas untuk zedin, kerana sifu tak nak pelajar cemerlang akhirnya kecewa hanya suatu masa dahulu tak dapat ambil addmath di sekolah. Sifu sendiri secara peribadi terpaksa menasihati pelajar-pelajar didikan sifu tahun-tahun terdahulu supaya tabah, dan sebagainya kerana niat di hati mereka nak masuk jurusan perakaunan tetapi kerana addmath, semuanya menjadi gagal. AKhirnya mrk terpaksa memasuki bidang diploma perbankan, diploma pentadbiran perniagaan, ada yang masuk ke bidang pelancongan dan lain-lain. Ini belum lagi jika BI pula setakat lulus sama juga kes seperti tak ada addmath tadi, peluang menjadi sempit menceburi bidang perakaunan.

Zedin, begitulah nasihat sifu. Tetapi jika zedin tidak berniat memasuki bidang perakaunan atau bidang profesional lain, mungkin zedin bolehlah abaikan addmath. Tetapi langkah bijak ialah ambil juga subjek itu, jadikan diri anda menerimanya sebagai subjek mencabar dan berusaha dgn gigih. Tak mustahil zedin akan dapat tempuhi subjek itu, sptmana zedin bakal berjaya dengan subjek lain. Kalau perakaunan yang dianggap susah zedin kata senang, maka sudah pasti addmath yang dikatakan susah itupun zedin dapat tukar menjadi senang.

Mantapkan diri.
5.
Mr.Bilik Sebelah berkata
Mac 14, 2008 pada 5:53 pm

Opps, ada yg anda terlupa.. Program PISMP utk ijazah perguruan.. Cpt!! Dah nak tutup dah.. Sila pg ke emoe.gov.my
6.
zedin berkata
Mac 14, 2008 pada 6:09 pm

hurm… rasa serba salah la pulak sifu, act add maths sy da bljr thn lps tp hnya 4 chapter shj.. (6,7,8) itu pun bljr di tuisyen.. mmg mula2 sy dipaksa ambil sub ni… so, masa final exam last year ckgu srh duduki exam add maths.. keputusannya sgt mengecewakan la sifu… kalau sifu ingin tahu… ckgu di sekolah turut menasihatkn students yg ingin tmbh mata pelajaran.. kalau sifu nk tau PMR maths sy cuma setakat gred C… bygkn add math 5x ganda ssh dan sy tiada basic..cikgu di sekolah nasihatkan saya agar lebih baik fokus subjek maths supaya subjek itu dpt A bukan memberi beban kpd subjek lain nnt subjek yg dibelajar disekolah terganggu.. so sifu, semasa pendaftaran hr tu, sy pikir balik apa yg ckgu ckpkn.. mmg ada benar apa yg dikatakan.. so semasa pendaftaran sy drop add maths.. lg pun sifu, sy perlu fokus kpd 12 subjek yg lain utk spm thn ni… pasal matrikulasi mmg sy tahu peluang cerah disitu, tp masa yang singkat di sana juga boleh buat tekanan.. maybe after spm nnt sy boleh ke uitm atau IPTA yg lain… hurm.. sebenarnya minat saya dlm bidang perniagaan dan juga perakaunan… krn 2 2 ini berkaitan antara 1 sama lain.. maybe sifu sedih dgn keputusan sy utk drop add maths, tp mmg betul apa yg dikatakan ckgu di sekolah.. “tumpu pada subjek yg lemah”.. i’m sooooooo sorry…. sebenarnya saya confius sebenarnya slps spm nnt… kalau ikut sy, nk jd ahli perniagaan atau akauntan.. mak saya pula nak saya jadi lawyer.. ayah saya pula mahu saya jadi tahfis… hurm..

boleh tau sifu kalau mau jd lawyer apa subjek yg diutamakan dan juga tahfis..
thanx sifu ats segala nasihat selama ni.
7.
sifu2b berkata
Mac 14, 2008 pada 7:26 pm

Thanks mr bilik sebelah. Sifu lupa pula pasal program khas keguruan.

Zedin, sebenarnya di Malaysia ni bukan awak aje yang ada masalah Addmath. Anak murid saya SPM2007 yang lepas pun ada diklgn mereka yang selalu gagal dlm ujian dan peperiksaan. Bayangkan dalam 53 orang pelajar perakaunan sifu, lebih separuh bermasalah addmath, tidak konsisten, malah ada yang dah siap menempah status gagal. Dlm t5 dgn usaha gigih mereka (guru & pelajar addmath yang dimaksudkan) disamping belajar subjek lain (10 & ada juga 11 subjek) termasuk prinsip perakaunan, di saat-saat percubaan dapat lulus aje. Bayangkan perasaan mrk. Ada yang dah putus harap. Ada yang dah giveup, umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa. Ada juga yang dah terfikir tak nak gi hadiri kelas tambahan cikgu addmath tu, kerana katanya dah tiada harapan. Tetapi bila diberi dorongan berterusan oleh kami (semua guru bekerjasama membangkitkan motivasi mereka) dala tempoh 1 1/2 bulan pelbagai cara guru akan bantu perbaiki kelemahan pelajar.
Hasilnya? Surprise! Dlm keputusan SPM baru lalu pelajar itu yang dah rasa tak akan ada harapan ke matrikulasi dapat kepujian 6C, walau ada juga yang hanya dapat 7D/8E. Kepada yang tak yakin dapat kepujian tentulah gembira banget! Yalah, dulu asyik lulus-gagal, gagal-lulus, tiba-tiba dapat 6C, dah lebih dari cukup. Kalau nak matrikulasi jurusan perakaunan, gred itu dah lebih dari cukup sebab syaratnya asalkan lulus 7D. Ini bukan kes satu atau dua orang. Ini kes ramai orang even pelajar sains tulen juga bermasalah nak kekal lulus bersyukur kerana akhirnya mendapat gred yang cukup. Utk pengetahuan zedin, sklh sifu bertugas bukannya sekolah elit, malah kategori sekolah luar bandar dari kacamata pentadbiran JPNS.

Tetapi yalah, setiap guru punya pandangan, motivasi dan pemikiran berbeza. Kalau zedin anak murid sifu, saya akan bertegas supaya zedin belajar bukannya memberikan laluan kpd awak utk terus ‘gagal’. Sebabnya sifu tahu, pakej perakaunan tak lengkap tanpa addmath. Zedin tengoklah sendiri syarat-syarat program diploma di mohe.gov.my. Bagi sifu, jika dah ada peluang belajar sesuatu yang bernilai tinggi, sukar-sukar itulah yang manis di kemudian hari. Tak semestinya mesti dapat 1A. Strategi zedin sepatutnya, “ASAL ADA SUBJEK ADDMATH DAN CAPAI KEPUJIAN 6C DAN MENCUKUPI”.
Eh, tunggu, sifu bukannya mengkritik cikgu tu, tapi sifu tak berapa gemar menjadi guru yang hanya melihat peratus sehingga tanpa sedar awal-awal lagi membiarkan pelajar lemah drop supaya gred peratus sekolah SELAMAT. Tiada yang selamat, jika pelajar keluar tetapi gagal mencaturi hidup sempurna. Walaupun rezeki kerja Allah, tetapi usaha manusia secara individu atau secara berkelompok boleh menukar qada dan qadar kecuali AJAL. Betul tak?
Tugas sifu (seperti juga guru-guru lain) membantu mencipta ruang untuk generasi baru berjaya, jika perlu dijentik emosi mereka, jika terpaksa ditolak ke hadapan, jika ragu-ragu diyakinkan, jika takut diajar berani.

Tetapi apa-apapun terserah kepada pelajar menerima peluang ini atau tidak, sama seperti dilema zedin tadi. Zedin bidang perniagaan TAK sama dengan perakaunan. Perniagaan adalah luas tetapi perakaunan khusus kepada tugas perakaunan yang melibatkan organisasi kerajaan, perniagaan mahupun NGO. Semua orang boleh menjadi peniaga, tetapi tidak semua orang boleh menjadi akauntan. Akauntan mestilah bertauliah.
Untuk ditauliah mestilah melalui laluan yang telah ditentukan iaitu dari SPM -> Diploma/STPM/Matrikulasi-> Ijazah perakaunan-> bekerja 3 tahun-> ahli MIA/MICPA/ACCA/dll-> CPA.

Nak jadi lawyer, rasanya no problem. Subjek-subjek yang zedin ambil sekarang itu sudah mencukupi untuk membuka pintu ke bidang guaman. Tapi selalunya student nak dapatkan degree undang-undang dari universiti berprestij. Untuk itu lebih cemerlang zedin, maka lebih tinggi dapat tempat di IPT terkemuka dalam bidang ini, antaranya UM, USM, UiTM (tidak mengikut urutan kepopularan, ehehe).

Tahfiz, sifu kurang maklumat tentang itu, cuma setahu sifu pelajar mesti ada mengambil subjek agama tinggi termasuk ilmu al-quran dan sunnah (betulkan sifu jika salah).

Sifu boleh doakan zedin semoga berjaya dalam mana-mana bidang selagi direstui keluarga.
8.
zedin berkata
Mac 14, 2008 pada 7:49 pm

ok sifu, thanx sbb sudi bg motivasi… zedin akan mntk petunjuk… thanx byk2 n menyusahkan sifu sbb dah masuk salah thread…
9.
ezza berkata
Mac 14, 2008 pada 8:40 pm

sy lepasan spm thun 2006 keptusan sy hnya lulus semua mata plajaran tanpa a.sekarang sya tak tahu macam mana nk sambung belajar dengan kelulusan sy..sya awk dpt bg petunjuk dan email kepda sy
10.
sifu2b berkata
Mac 14, 2008 pada 8:44 pm

Zedin, tak ada masalah salah thread ke apa ke, sebab ini bukan forum. Sifu cuma nak delete bahagian nasihat khusus utk zedin. Sukar nak jaga niat, selagi ada disitu sifu takut diri ini jadi riak atau ke arah itu. Doakan rahmat dan redha Allah kpd sifu boleh tak zedin. Terima kasih.
11.
sifu2b berkata
Mac 14, 2008 pada 8:58 pm

Ezza buat apa sekarang ini? Tingkatan enam atau bekerja. Jika bekerja atau menganggur, apa kata ezza mengambil semula SPM 2008. Daftarkan diri sebagai calon persendirian, ambil 7 subjek sahaja kerana sebagai calon mengulang tidak terikat dengan syarat calon sekolah dan elektif tu biarlah yang benar-benar bernilai. Mungkin maklumat kesesuaian mata pelajaran elektif dengan kerjaya yang terdapat Pusat Perkembangan Kurikulum (http://www.ppk.kpm.my/kerjaya/tajuk.htm) Kementerian Pelajaran Malaysia boleh memberi idea kepada Ezza.

Setelah permohonan dihantar, maka Ezza kenalah bertekad utk belajar bersungguh-sungguh. Sebagai calon persendirian, cabaran sudah pasti tinggi. Jika punya wang cukup, bolehlah mengikuti kelas tuisyen, sama ada semuanya atau mana-mana subjek yang paling lemah.

Ezza juga, jika bertekad tinggi, sebenarnya boleh memohon belajar semula di sekolah kerajaan. Ia dipanggil calon menumpang belajar. Anda boleh memohon dengan menulis surat kepada jabatan pelajaran negeri masing-masing. Perkara ini jarang berlaku tetapi sebenarnya prosedur tentangnya wujud. Sekolah boleh menerima calon menumpang dengan kebenaran pengarah negeri dan sokongan pengetua sekolah berkenaan. Bezanya ialah cabaran dalam diri pelajar itu menyesuaikan diri dari segi emosi dan motivasi diri.

Seperti yang Ezza dah baca, sifu tak sebutpun tentang patching. Ezza boleh mengambil subjek tertentu sebagai pembaikan (patching). Tetapi oleh kerana Ezza ada sebut lulus semua maka sifu khuatiri nilai SPM Ezza rendah. Lebih baik lagi Ezza baiki kesemuanya dan mengambil semua subjek semula, kecuali elektif yang boleh ditukar dengan subjek lain walaupun Ezza tak pernah belajar sebelum ini.

Selepas SPM (kedua) nanti, mudah-mudahan Ezza akan mendapat kejayaan lebih baik dengan gred kepujian dan selepas itu Ezza dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma.

Satu lagi Ezza, jika anda tidak berminat mengambi semula SPM, apa kata ezza memohon mengambil kursus kemahiran di Giatmara, IKBN atau kursus sijil di politeknik. Mana tahu rezeki Ezza bermula di sana.
Harap ini dapat membantu.
12.
Fairylord berkata
Mac 14, 2008 pada 10:26 pm

Sifu,

Chai punya adik baru mendapat result SPM, tidak begitu baik.
BM 7D
BI 7D
Moral 5C
Sejarah 9G
Math 4B
sains 5C
Add Math 5C
Akaun 5C
Seni 4B

teruk, kan…..

Mula-mula i bantu dia pohon kursus diploma di UTM,UPM…rasanya dah gagal selepas i ketahui result dia…

I sekarang pun tak pasti macam mana bantu dia, ingat nak pohon politeknik untuk dia, mungkin tak result begitu dapat berjaya….?

Dia tidak memilih apa kursus untuk dilanjutkan, janji dapat masuk IPTA kerajaan dan murah…

sifu, sila beri komen…terima kasih
13.
ma.., berkata
Mac 15, 2008 pada 12:53 am

salam buat sifu..
saya agak keliru utk memilih jurusan yg bersesuaian dgn rslt sy..di sini sy nyatakn rslt sy..hrp sifu boleh tlg..

bm-1a
bi-3b
sej-1a
math-1a
arab-6c
addmath-5c
phy-3b
chem-5c
bio-4b
quran n sunnah-1a
syariah islamiah-3b
est-4b

sifu,sila tunjuk laluan kpd sy..sy btl2 pening nak pilih course..tq
14.
sifu2b berkata
Mac 15, 2008 pada 1:01 am

Fairylord minta maaf banyak-banyak. Adik Chai kemungkinan besar terpaksa lepaskan dulu peluang masuk ke politeknik atau diploma ipta kerana BM itu sendiri hanya lulus. Syarat am masuk ipta dan politeknik ialah mesti lulus BM dengan kepujian. Sepertimana Fairylord mungkin dah maklum, tahap kepujian paling rendah ialah gred 6C. Lebih baik adik Chai ambil SPM Ulangan (SPMU) pertengahan tahun ini dan tunggu penawaran politeknik bulan Disember. Bolehlah cuba selepas itu. Nasihatkan adik awak utk mesti ambil paper July, kalau tak sampai bila-bilapun takkan ada peluang lanjutkan pelajaran hanya kerana tersangkut di bahagian itu. Selain dari itu pencapaian BI adik awak juga meresahkan sifu. Kebanyakan program berkaitan perniagaan, perakaunan atau ekonomi memerlukan pelajar mempunyai gred kepujian juga.

Fikirkanlah bagaimana nak patching BI juga, mungkin terpaksalah adik awak menduduki SPM semula di akhir tahun ini jika sempat memohon sebagai calon persendirian dan buat patching BI. JIka sanggup Sejarah juga supaya gred itu bertambah baik.

Selain dari itu, laluan ketiga kurang popular ialah mengambil kursus-kursus IKBN atau sijil politeknik utk kerjaya berasas kemahiran teknikal dan mekanikal. Tapi ingat selagi tidak kepujian dalam BM dan BI, adik awak akan sukar memohon diploma di IPTA. Apapun laluan, pastikan adik awak patching BM dan BI. Harap nasihat ini berguna untuk adik awak.
15.
sifu2b berkata
Mac 15, 2008 pada 1:43 am

Awak biar betul Maa? Memangpun akan konfius sebab semua bidang awak layak.
Tapi kalau nak juga nasihat sifu, Maa hendaklah berterus terang, apa yang sedang diidam-idamkan, barulah sifu boleh bagi cadangan lanjutan. Awak pilih dulu mana-mana laluan atau program yang awak nak di dalam negera, IPTA atau IPTS.

Lepas tu solat istikarah. Kalau tak pasti lagi istikharah lagi sehingga awak benar-benar tenang.

Tahniah kerana berjaya dengan cemerlang.
16.
Fairylord berkata
Mac 15, 2008 pada 9:24 am

Thank you, sifu….komen yang tepat, i juga teringat kepentingan BM sebagai syarat kemasukan IPTA.

Sifu, Julai paper hanya BM dan matematik je yang boleh diambil semula, kan?

Untuk mendaftar, adik i kena daftar kat mana? atau balik sekolah menengah dia cari cikgu?
17.
sifu2b berkata
Mac 15, 2008 pada 10:49 am

Fairylord, borang calon persendirian dan paper Julai boleh didapati di JPN masing-masing. Anda bleh merujuk sklh, telefon aja dan tanya adakah borang itu juga boleh didapati di sekolah dan jika tidak minta tunjukkan lokasi pejabat yang berkenaan.
18.
cjwong berkata
Mac 15, 2008 pada 12:08 pm

sifu,saya seorang pelajar dari johor ni.berikut keputusan SPM saye:
BM A1
Bi A1 GCEO A2
Maths A1
Add.Maths A1
Sejarah A1
pendidikan Moral A1
physics A1
chemistry A1
Pendidikan seni A1
Prinsip Akaun A1
EST A2
Biology A2

Boleh berikan contohx2 biasiswa yang boleh saya dapat menggunakan keputusan ini dan nasihat yang diperlukan?saya juga keliru hendak ambil jurusan apa,kerana masa SPM saya telah mengambil aliran sains,seni dan akaun.
19.
ain berkata
Mac 15, 2008 pada 12:11 pm

sifu,
saya rasa frust cket ble tgk rsult saye
saye dpat
bm a1
bi b3
add math a1
biology a1
kimia a1
fizik a1
arab tinggi a1
sejarah a1
pend. quran sunnah a1
syariah a1
est b4
mathematics a1

jus bi saye b3..huhu so sya saya nak buat apa skarang??saya da apply 4 medic kat timur tgh ..under mara scschip..my b peluang dye cerah cket.???btul ker tindakan saya tuh??ke saya patot apply 4 jpa?um den saya juga da apply asasi 4 um,uia..krenya dlam borg upu tuh saya apply sume medic..saya jgak apply 4 asasi sains dkt utm.
pastu untuk perguruan saya apply 4 math sek mengah..
scnd choice..sek rendah
huhu..im hoping that sifu can help me..how to plan my future..
saya ank sulong..so tak bpe nak tau apply ape ntuk ipta nih..
ape yg patot sye buat??
dan ape pluang yg cerah ntuk saya..
saya jugak da apply scship bnk ngr mlaysia,pnb,telekom(tak reti nak isi)
20.
sifu2b berkata
Mac 15, 2008 pada 12:58 pm

Cjwong, berminat keluar negara? Mohonlah biasiswa JPA online. Tetapi beri perhatian iklan JPA (http://esila.jpa.gov.my/pdf/SiaranAkhbar_PILN2008i.pdf) telah menjelaskan bhw tidak semua pelajar cemerlang akan mdpt tempat, hanya 2000 orang.

Ada banyak biasiswa yang boleh diperoleh semasa ini mahupun setelah Cjwong berada di IPT, antaranya biasiswa SHELL atau Petronas (pelajar yg bakal mengikuti bidang tertentu shj). Bidang apa? Dari kejayaan Cjwong, nampak gaya banyak bidang boleh diikuti. So pilihlah sendiri mengikut persepsi CJwong sendiri. Jika kedoktoran perubatan diminati, ambillah bidang itu sebab Malaysia masih memerlukan ramai doktor. Cuma lagi, program itu akan mengikut pelajar dgn kontrak bertugas di hostpital kerajaan. Sesiap ambil kedoktoran perubatan, akan ditaja sepenuhnya dan ditentukan oleh JPA di universiti dan negara mana ia akan belajar. Ini thread membincangkan scholarship, http://www.recom.org/forum/forumdisplay.php?f=54 , walaupun ada yang dah lama, rasanya masih boleh digunakan sbg rujukan.

Nak masuk jurusan perniagaan atau perakaunan. Kelayakan Cjwong lebih dari mencukupi. Nak masuk bidang bioteknologi dan bakal menjadi saintis industri, pun di dalam IPTA ada. Susahlah sifu nak nasihatkan pelajar cemerlang seperti awak.

Ain pun sama, tak ada masalah yang banyak bagi awak tambahan lagi nak pergi ke timur tengah. Nak belajar perubatan kat IPTA pun rasanya tiada masalah. Tetapi kena masuk matrikulasi dululah aliran sains, program satu tahun. Pelajar ke luar negara pun akan belajar di Malaysia dulu bagi tempoh 1 tahun iaitu kursus persediaan yang dikendalikan oleh JPA dan Mara. Rasanya telekom tak bagi biasiswa utk perubatan. Biasiswa kalau ada sangat terhad dan khusus utk bidang teknologi. Telekom juga bagi biasiswa kpd pelajar yang masuk belajar di MMU atau MMC (multimedia college-diploma level only). Inggeris awak, apabila melanjutkan pelajar boleh diperbaiki melalui peperiksaan MUET, bila dapat band 3 atau 4 kira lebih baik dari gred 3B itu.

Ain ni memang sehati sejiwa dengan perubatan ke? Dah tu kenapa memohon jadi guru? Kalau terniat niat nak jadi doktor tetapi katakan tak dapat, apa bidang lain yang dekat dengan perubatan? Ah, sains farmasi. UiTM ada menawarkan program asasi farmasi dan diploma sains farmasi. Ni kira ubat-ubatanlah. Di pekan berdekatan, Papar, ada seorang lepasan sains farmasi, tak ingat sama ada ijazah atau diploma. Dia (perempuan) sekarang memiliki kedai farmasi sendiri dan perniagaan boleh tahan. Tahu tak bahawa sejak 4 tahun lepas, semua kedai-kedai ubatan moden wajib menggaji sekurang-kurang 1 org ahli farmasi. Kesannya peluang kerjaya cerah dalam bidang ini, dan yang untungnya (spt juga pelajar lepasan perakaunan/perniagaan/dll) jika ada modal mencukupi (pinjam atau simpanan sendiri) boleh buka perniagaan yang sesuai dengan bidang masing-masing. Beliau sebelum ini sifu kenal bekerja di sebuah kedai farmasi di Putatan. Selang 2 tahun dah ada bisnes sendiri. Sifu tahulah sebab sifu kerap ke sana membeli keperluan ubat-ubatan jika tidak ke klinik atau hospital. Tapi itu pandangan sifu sahaja. Ain hendaklah juga sedari bahawa pasaran dan situasi ekonomi boleh mempengaruhi perkembangan pekerjaan dalam mana-mana industri. Sekarang ini farmasi berkembang dengan baik, tapi sifu tak jamin 4 tahun akan datang. Ain tentukan sendiri bidang yang sesuai.

Untungnya Cjwong dan Ain ialah awak pelajar cemerlang. Umpama begini, “Untungnya pelajar cemerlang ialah peluang terlalu banyak, berbanding pelajar yang kurang cemerlang peluang sangat sedikit. Pelajar cemerlang sukar memilih bidang tetapi apabila memilih pastinya berbaloi dan menguntungkan, sedangkan pelajar kurang cemerlang senang memilih tetapi tak semestinya menguntungkan.”

GOOD LUCK to all of you.
21.
Cjwong berkata
Mac 15, 2008 pada 1:50 pm

Terima kasih sifu,
Ya,saya berminat kalau dapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara kalau boleh.
terima kasih atas semua nasihat sifu.
22.
mentol berkata
Mac 16, 2008 pada 1:27 am

~salam~

saya pelajar spm 2007. results saya;
BM-1A
BI-1A
SEJ-1A
PAI-1A
MATH-1A
ADDMATH-3B
PHY-2A
CHEM-2A
BIO-3B

spt yg dilihat, sy pelajar aliran sains tulen. tp, saya harap dapat melanjutkn pljarn dlm bdng accounting. adakah saya msih ada peluang? dan jalan manakah yg paling sesuai? foundation or diploma? matrix pulak sy mintak aliran sains. boleh ditukar ke accounting ke? how bout scholarship? ada ke yg nak kasi kat bdak sains yg TAK pernah blajar accounting? satu lg, bleh bagi penerangan pasal certified account technician (CAT)?
23.
sifu2b berkata
Mac 16, 2008 pada 3:45 pm

Mentol, awak layak memohon jurusan perakaunan, walaupun tidak pernah mengambil kertas prinsip perakaunan. Jika awak membawa maklumat di bahagian matrikulasi KPM, awak akan dapati pelajar aliran sains tulen juga boleh memohon kedua-dua jurusan, baik sains mahupun perakaunan.

Tahniah.

Tak perlulah sifu jelaskan CAT, kerana maklumat itu mudah didapati melalui internet, antaranya melalui pautan wikipedia ini. Persoalannya adakah anda ingin memasuki kerjaya akauntan melalui laluan kemasukan IPT atau badan profesional. Jika memilih laluan belajar di IPT (awam atau swasta) maka anda sekurang-kurangnya mesti memiliki ijazah/bacelor/sarjana muda dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Untuk ke peringkat ijazah terpaksalah anda merancang laluan selepas SPM iaitu melalui peperiksaan STPM, program matrikulasi atau diploma perakaunan. Hanya ketiga-tiga ini memudahkan anda mendapat tempat di program ijazah perakaunan. Jika memilih laluan badang profesional, maka barulah anda seharusnya mengambil peperiksaan kelayakan seperti CAT dan diiktiraf sebagai CAT, kira taraf pembantu pegawai akaun lah kira kalau kerja di organisasi kerajaan/swasta. Selepas CAT anda masih lagi harus mengikuti program kursus, kuliah berbayar dan peperiksaan berbayar badan profesinoal tersebut contohnya ACCA Malaysia. Dari satu segi, ada sesetengah orang berpendatat ia adalah laluan terpantas mendapat pengiktirafan ACCA sebagai akauntan bertauliah, cuma lagi kos keseluruhan berkemungkinan tinggi dan kebarangkalian berjaya ‘first-time’ adalah rendah. Ramai orang terpaksa repeat kertas berulang kali. Dalam kes ini ia menjadi lambat atau perlahan berbanding melanjut pelajaran diperingkat ijazah. Tapi itu pandangan individu. Sifu sendiri kurang pasti kerana sifu berkelayakan bacelor perakaunan dengan kepujian dari UPM. Sifu tidak merancang menjadi CPA, sebaliknya selesa melibatkan diri dalam level eksekutif atau pegawai sahaja. Sebenarnya, sebelum menjadi guru sifu pernah bekerja beberapa tahun dalam bidang audit, pegawai akaun, dan pegawai cawangan bank (pemasaran dan operasi). Yalah, itulah realiti, masing-masing punya kecenderungan. Sehingga kini sifu selesa menjadi guru walaupun sifu maklum dengan kelayakan profesional seperti ini, sifu masih boleh melompat kembali ke dalam kerjaya berkaitan perakaunan, bukan hanya mengajar. It’s up to us in the end. Kalau anda bertanya saya bidang diminati, sifu memang seronok menjadi pegawai akaun. Kerjaya bank agak membosankan, tetapi yang paling mencabar ialah kerjaya guru sekarang. Awak pun maklum tentang kerjaya ini, awak pernah menjadi anak murid ramai guru. Tentu awak maklum tingkah laku awak sendiri dan/atau rakan-rakan selama 11 tahun dalam persekolahan. ehehe.

Oops, sori melalut pula tentang diri sendiri. Tak nak cakap banyak pasal tu lagi. But just to let you know.
24.
ain berkata
Mac 16, 2008 pada 4:37 pm

sifu,
thanks a lot ats panduan2 sifu.harap2 saye dpt buat pilihn yg btul.hmm..yg tntang perguruan tu,saya just apply ntuk scnd choice.ipta tk de cnnction dgn perguruan kan???kalu kta dterima masuk untuk perguruan adakah permohonan upu akan ditolak scr automatik??harap2 tidak la kan.
ntuk pgathuan sifu saya jugak da apply ntuk pharmacist..thank yu sifu.MAY ALLAH BLESS U
25.
sifu2b berkata
Mac 16, 2008 pada 7:20 pm

Ain, terima kasih kembali. Ain kptsn akhir program mana yang awak akan ditawarkan, sama ada perguruan atau bukan, akan diseragamkan di pgkt MOHE termasuk juga matrikulasi walaupun ia dikendali oleh kementerian lain, MOE. Ada satu jawatankuasa pemilihan, dulunya UPU yang berperanan mengagihkan tawaran-tawaran universiti, matrikulasi dan program khas PISPM. Maknanya jika ada satu dah terpilih, permohonan lain terbatal dgn autmatik.
26.
dyanadileme berkata
Mac 16, 2008 pada 11:23 pm

saya mndapat 2A dlm spm…sume krdt..masalahnye bi saya x kredit..apakah peluang saya ke uitm atau ipta lain cerah????
27.
dyanadileme berkata
Mac 16, 2008 pada 11:32 pm

lupe nk nyatakan saya nye result…
bm>B3
BI>D7
MM>B3
SJ>A1
AG>A1
ADDMATH>C5
KM>C6
FZ>C5
PKU>B3
P.AKAUN>B3

melalui keputusan ini..adakah peluang saya msok ke ipta cerah?
28.
sifu2b berkata
Mac 17, 2008 pada 12:00 am

Dyanadileme, dah baca kelayakan masuk lepasan SPM di mohe.gov.my? Cuba tengok. Ada sesetengah program diploma masih layak dipohon walaupun BI tak kredit, cuma lagi adakah ianya program ‘bernilai tinggi’ atau digemari Dyana. Kalau tak kisah, Dyana akan berpeluang masuk ke jurusan yang bukan perniagaan, kebanyakannya berkaitan kemanusiaan atau sosial. Bukan apa sekarang ini subjek BI sangat dititikberatkan.

Contoh sahaja untuk perbincangan, tak semestinya Dyana ambil.

Di UiTM ada ditawarkan Diploma Industri Perkayuan. Keputusan Dyana mencukupi untuk memohon kerana ia hanya berkehendakkan lulus BI. Begitu juga Diploma Teknologi Makanan yang berpotensi kerana unjuran kerajaan meningkatkan industri pertanian. Sudah tentu industri makanan akan turut berkembang maju. Diploma Pengurusan Ladang juga berpotensi. Contoh saja, awak boleh baca senarai ini, https://online2.mohe.gov.my/spm/panduan/syarat/syarat_katA/UiTM_KATA.pdf untuk maklumat lain.
IPTA lain pun rasanya tiada masalah, kembali kepada anda gemar atau tidak. Contohnya di UPM ada ditawarkan Diploma Pertanian, diploma perikanan dan sebagainya. Awak pelajar aliran sains boleh dah mohon program ini. Lulus BI dan mencukupi asalkan kredit subjek utama lain. Baca lagi di sini, https://online2.mohe.gov.my/spm/panduan/syarat/syarat_katA/UPM_KATA.pdf

Harap perbincangan ini menceriakan Dyana
29.
ma.., berkata
Mac 17, 2008 pada 12:22 am

thanx sifu krn sudi mnjwb soalan sy..sy th bnyk bidang yang blh sy pergi dgn kptsn spm sy..sy telah memohon upu,matrik dan maktab..sebenarnya kalau blh sya nak ambk jurusan medic ataupn kejuruteraan..tp sy rse rslt sy mcm xkuat..dlm permohonan upu,sy trt memohon diploma perakaunan,undang2,sains komputer n teknologi maklumat..jika sy xlyk msk ke upu,adakah sy dpt twrn matrik??wlpn sy ada isi borang mktb,tp itu bknlh career yg sy mnt..klu ikut mnt,sy lebih suka course mdic..selain itu,menjadi lawyer n akauntan adlh antara pilihan sy..pliz help me sifu..sy btl2 pening.sy hrp,sblm borang upu ditutup,sy dpt menentukan jurusan yg sy ambil dgn yakin..harap maslh sy mndpat perhatian sifu..tq.
30.
ita berkata
Mac 17, 2008 pada 3:09 am

sifu..sy nh bukan student yg pndai mcm org len..result sy cuma

BM – A1
BI – B4
MATH – B4
ADD MATH – 7D
BIO – 4B
PHYSIC – 6C
CHEMISTRY – 7D
QURAN SUNNAH – 4B
SYARIAH – 5C
EST – 5C
SEJARAH – 4B

sy nk tanya sifu..adakah keputusan sy nh layak untuk sy msuk metrik?sy daftar untuk aliran sains..tp syarat metrik mahukan kepujian dlm add math..sy cuma dpt gred lulus..
bg pngajian 2 tahun metrik pula mahukan kimia kepujian wlaupun add math lulus..adakah sy tiada peluang untuk mlanjutkan plajaran ke matrikulasi?
31.
dyanadileme berkata
Mac 17, 2008 pada 10:30 am

time kasih kepada sifu krn bg cadangan yg bernas…nk tanya skit kalo nk msok U.mesti wat pengiraan mata demerit same ade kite layak ke x…boleh bg tau x panduan pengiraan mata demerit…tahap jumlah mata yg minimum??????
32.
medan selera berkata
Mac 17, 2008 pada 4:59 pm

assalamualaikum…SIFU!!sy baru jer dpt result spm (2007) ari tu…result sy mcm ni:
BM-B3
BI-B4
MOD MATHS-C6
SEJ-A2
AGAMA-A1
PHY-D7
ADD MATH-E8
CHEM-E8
BIO-C6
TASAWUR-A1
EST-B4

tak bagus sangat…Tp sy nak ambik undang2..so subject yang saya dpt D ngan E ni akan effect untuk syarat mohon course undang2 ker tak???…E8 tu failed ker?? n result sy macm ni kena ulang balik ker?? sifu tolong bagi pandangan..kena ambik spm skali lagi ker?? satu lagi…kalo result mcm ni…leh tak sy dpt form6 tp nak ambik aliran sastera ???TOLONG SIFU……..sy buntu + keliru..hopefully sifu leh tolong…TQ!!!
33.
mentol berkata
Mac 17, 2008 pada 8:45 pm

ok. terima kasih banyak2. all those infomation means a lot to me. more than u think it is. haha ^-^
34.
sifu2b berkata
Mac 17, 2008 pada 9:16 pm

Maa,
Peluang itu tetap ada, kebarangkalian awak dapat matrikulasi tetap tinggi. Tak dapat prgm 1 tahun, tak mustahil dapat program 2 tahun, okay apa. Nak masuk ke program ijazah perubatan ni, lebih baiklah awak masuk ke matrikulasi. KEbanyakan pelajarn aliran sains STPM juga akan memohon program kritikal seperti perubatan ini. Jika Maa sanggup, masuklah ke sekolah yang ada tingkatan 6 aliran sains.
Jurusan perakaunan pun berpotensi begitu juga undang-undang. BI awak 3B so dah penuhi syarat ke diploma undang-undang di UiTM atau program asasi undang-undang.

Awak tunggu saja panggilan dari UPU atau matrikulasi. Sifu pasti anda akan berpuas hati. Jika masih ragu-ragu ingat sahaja, ramai juga orang seperti awak yang memohon program yang sama, ada yang lebih baik dari awak dan ada juga yang kurang dari awak. Tetapi peluang tetap ada.

Sifu doakan Maa dapat bidang yang benar-benar sesuai dengan Maa untuk tempoh akan datang. Sekarang ni sifu tau resah, confuse dan sebagainya. Biasalah tu. Tetapi jika awak dah ditawarkan apa-apa melalui UPU awak bolehlah ambil terus sebab automatik tawaran lain terbatal, tak perlulah risau. Kalau awak benar tak minat menjadi guru, janganlah pergi. Awak dah pun melihat kerjaya guru ‘firsthand’. PRoses pendidikan 11 tahun pasti memberikan gambaran yang sebenar. Ada yang awak suka, ada yang awak tak suka, ada guru yang awak minat, ada guru yang tak diminati, ada guru yang awak rasa pandai mengajar, ada guru yang awak rasa tak pandai mengajar, dan banyak lagi. Jangan nanti awak bakal menjadi guru yang awak tau awak tak suka. Do you know among the toughest professional job in the world, one of it is becoming a teacher or appropiately called education officer who work in school teaching. The first, is medical doctor, if i’m not mistaken.

Tetapi jika terambil juga, remember my word here; change your view and change your attitudes. Jika tak minat jadikan awak minat, jika tak seronok jadikan kerjaya guru menyeronokkan dan belajar juga menyeronokkan. Ni bukan nak bagi takut, tetapi nak beri nasihat supaya guru-guru akan datang adalah golongan berkaliber dan berkeupayaan mengubah sesuatu, bukannya terpaksa kerana dah tak ada peluang lain. Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri menggalakkan pelajar cemerlang ternasuklah anda untuk memohon menjadi guru agar agenda negara membina modal insan bertaraf dunia dapat dicapai dan berterusan. Sifu juga mempelawa menjadi guru.
35.
sifu2b berkata
Mac 17, 2008 pada 9:33 pm

Ita,
Masuk matrikulasi jurusan sains mungkin bermasalah sedikit sebab Chemistry awak 7D. Jika nak jurusan perakaunan, ada peluang untuk awak. Setahu sifu pelajar yang dah memohon aliran sains tetapi gagal boleh ditawarkan ke jurusan perakaunan, dan awak boleh memilih menerima atau menolak. Walau bagaimanapun, jangan putus harap, ada kes yang sifu dengar pengalaman pelajar sklh sifu (bukan anak didik sendiri so tak tahu pangkal cerita) dapat masuk matrikulasi jurusan sains program bagi program 2 tahun (PDT) setelah membuat rayuan. 2 orang tu berjaya ambilan kedua (second intake). Berdoalah mudah-mudahan mendapat tempat di matrikulasi di mana-mana di Malaysia.

Oh ya sekadar nak beri nasihat kepada Ita. Sebaik anda melangkah ke matrikulasi walau apa cara dan program apapun, janganlah memandang rendah diri sendiri atau orang lain, dan jangan juga memandang ‘tinggi’ orang lain. Di sana kelak semuanya terpaksa ‘RESET’ pencapaian. Masing-masing mencipta kejayaan baru. Tak semestinya pelajar 1A akan kekal cemerlang. Pelajar lain juga berpotensi cemerlang dengan PNGK 4.00. Ia dah terbukti mengikut rekod pencapaian pelajar matrikulasi KPM tahun-tahun sebelumnya.

AKHIR SEKALI, JANGAN PUTUS HARAP. DOA, DOA, DOA.
36.
sifu2b berkata
Mac 17, 2008 pada 9:41 pm

medan selera (tak de nama lain ke, eheheh)

Setakat maklumat yang sifu tahu, sbjk yang disebut itu tidak mengganggu peluang anda memohon. Masalahnya anda dah tersangkut di bahagian BI itu sendiri. Minimum yang diminta ialah 3B, awk dapat 4B. Tapi apa salahnya awak memohon sahaja. Selain dari itu, kalau berpeluang membetulkan keputusan SPM anda, lagi baik begitu. Patchinglah subjek BI awak, dan subjek lain, supaya anda berpeluang memohon dengan lebih yakin bagi tahun mendatang. Tetapi ingat, nak patching kena cepat sebelum tarikh tutup pendaftaran SPM calon persendirian.

MS boleh masuk tingkatan enam aliran sastera, anda layak. Tak salahkan masuk T6, ada juga peluang membaiki diri.
37.
dyanadileme berkata
Mac 17, 2008 pada 10:08 pm

sifu….
nk tanya skit…kalo smbg blaja kt ipts amek tahun asas-foundation….adakah boleh smbg blaja peringkat degree kt ipta slps tamat foundation…sifu tlg jwb.tq
38.
sifu2b berkata
Mac 17, 2008 pada 11:48 pm

Dyanadileme,
Asas foundation IPTS yang dimaksudkan yang mana satu? Basically, jika ia diiktiraf oleh MOHE, maka ia ada peluang ke IPTA, jika tidak maka tidak dapatlah awak gunakan sijil itu untuk memohon IPTA. Dengan kata lain, awak balik kpd kelayakan SPM sedia ada.

Tetapi jika awak ambil kursus asas di IPTS, katakan Kolej ABC tertentu itu dan ia membuka peluang awak belajar di Kolej ABC dalam program diploma, maka belajarlah terus di kolej itu selagi ia diiktiraf oleh kerajaan. Jika tidak diiktiraf awak juga yang akan kerugian kewangan dan masa.

Nasihat sifu, jika nak blajar di IPTS, pastikan ia universiti atau kolej swasta itu, a) mempunyai lesen IPTS, b) IPTS yang terkenal, c) program diploma atau ijazah mereka juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya LAN) http://www.lan.gov.my/index1.cfm

Jika diploma itu diiktiraf atau program asas itu diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka ia boleh digunakan utk kemasukan ke ijazah IPTA. Tetapi setakat ini sifu belum pernah terdengar adanya program asas atau foundation IPTS yang juga diterima ke IPTA. Selalunya program asas itu khas utk IPTS itu sendiri dan bukan juga diterima ke IPTS lainnya.

Kesimpulannya, program asas IPTS selalunya HANYA untuk kelayakan alternatif ke IPTS tersebut, tetapi tidak dapat digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA. Tetapi jika pelajar dah luangkan masa di asas IPTS itu dan sambung belajar diperingkat diploma, maka selepas 5/6 semester, jika ianya diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka kelayakan diploma itu boleh digunapakai untuk masuk ke program ijazah IPTA pula.

Apa-apapun, betulkan sifu jika salah.
39.
sifu2b berkata
Mac 17, 2008 pada 11:50 pm

Dyanadileme,
Asas foundation IPTS yang dimaksudkan yang mana satu? Basically, jika ia diiktiraf oleh MOHE, maka ia ada peluang ke IPTA, jika tidak maka tidak dapatlah awak gunakan sijil itu untuk memohon IPTA. Dengan kata lain, awak balik kpd kelayakan SPM sedia ada.

Tetapi jika awak ambil kursus asas di IPTS, katakan Kolej ABC tertentu itu dan ia membuka peluang awak belajar di Kolej ABC dalam program diploma, maka belajarlah terus di kolej itu selagi ia diiktiraf oleh kerajaan. Jika tidak diiktiraf awak juga yang akan kerugian kewangan dan masa.

Nasihat sifu, jika nak blajar di IPTS, pastikan ia universiti atau kolej swasta itu, a) mempunyai lesen IPTS, b) IPTS yang terkenal, c) program diploma atau ijazah mereka juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya LAN) http://www.lan.gov.my/index1.cfm

Jika diploma itu diiktiraf atau program asas itu diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka ia boleh digunakan utk kemasukan ke ijazah IPTA. Tetapi setakat ini sifu belum pernah terdengar adanya program asas atau foundation IPTS yang juga diterima ke IPTA. Selalunya program asas itu khas utk IPTS itu sendiri dan bukan juga diterima ke IPTS lainnya.

Kesimpulannya, program asas IPTS selalunya HANYA untuk kelayakan alternatif ke IPTS tersebut, tetapi tidak dapat digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA. Tetapi jika pelajar dah luangkan masa di asas IPTS itu dan sambung belajar diperingkat diploma, maka selepas 5/6 semester, jika ianya diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka kelayakan diploma itu boleh digunapakai untuk masuk ke program ijazah IPTA pula.

Apa-apapun, betulkan sifu jika salah.
40.
medan selera berkata
Mac 18, 2008 pada 8:35 am

ok tqqqqqqqq sifu..coz sudi sudi balas..mcm maner nak mohon utk ambik spm ulangan ek??kalo nak ulang kena ambik subjek sama ker leh pilih??coz kalo bleh sy nak ulang mod math , bm,ngan bi…satu lagi baik saya ulang balik spm ker atau ambik stpm??tolong…dilema ni…tq!!
41.
kakibola berkata
Mac 18, 2008 pada 9:48 am

allo sifu..nie saya nak tanya..wakil adik saya lepasan stpm..
antara calon ulangan dan first-timer stpm..siapa lagi diutamakan untuk ke IPTA?
thank you..
42.
ita berkata
Mac 18, 2008 pada 1:47 pm

sifu…terima kasih bnyak2 krn sudi menjawab persoalan yg slalu mnggangu sy terutama bhagian pngambilan matrikulasi..
sy respect sgt2 kat sifu sbb sblum nh sy dh berputus asa dgn keputusan sy..tp stelah sifu bg nasihat supaya jgn mmdng tinggi org len dan kite ade kjayaan bru kelak,sy terasa diri sy hidup kembali dan sy ingin buktikan kat kawan2 sy yg sy tidak gagal selamanya!!
sifu..
andai kata sy ditawarkan ke matrikulasi bg program 2 tahun..adakah lebih baik jika sy mngambil stpm..jangka masa tetap sama iaitu 2 tahun juga..malah sijil stpm diiktiraf oleh mana2 badan..x kira di malaysia atau luar negara..adakah btul apa yg sy katakan?jika salah harap dibetulkan..sy budak baru belajar..hehe
43.
eisya berkata
Mac 18, 2008 pada 2:51 pm

sifu, sya adalah pelajar aliran sains agama di sbp. rslt spm sya adlh sperti brikut:

bm-a1
bi-a2
math-a3
quran sunnah-a1
syariah-a1
sejarah-a1
add math-b3
bhs arab tggi-b3
physc, chem n bio – b4

sya rsa sya boleh masuk matrik(insyaALLAH, tp apa plhan lain bgi saya slain matrik? sya dh isi borg perguruan, tp masalahnya sya tk minat lansung bidang tu… my mom syorkn saya ambik law, tp as long as sya dh jd science streme student since i’m in form 4 lg, sya rasa syang nk tinggalkan science for law. i think i want fight in matrix, tp sya slalu dgr that it is too hard to get a very excellent pointer in matrix. is that true??? sya ingat nk figth dlm matrix then sya nak kejar blik cita2 saya yg tk ksampaian iaitu nk jdi doktor (tk ksampaian sbb my biology is too bad, i think). So, bleh sifu beri sdikit pndpat utk sya yg keliru ni??????
44.
nasrul berkata
Mac 18, 2008 pada 5:23 pm

salam sifu…
saya ,merupakan lepasan SPM 2007 dan bekas pelajar sbp,
brkt mrpkan kptsn SPM saye
bm – A1
bi – B3
Sej- C5
Agm- A1
Bio- C5
Che- B3
Phy- B3
Math-A1
+math-A1
EST-B4
saye masih keliru,adakah better sy terus ke matrks or msuk tgktn 6 trlbh dahulu coz ade yg kate form 6 jst waste our tym…..is it?????
45.
nasrul berkata
Mac 18, 2008 pada 5:29 pm

one more sifu, sy berminat nak memasuki bdg perakaunan,but I don’t have any basic in accntncy……jd…. betulkah tindakan saya yang ingin juga meneruskan pengajian dlm bdg ini.,?
saya teah memohon jurusan perakaunan utk mtrks dan memohon perakaunan utk 3 phan utama…..
bolehkah sifu menjelaskan apakah biasiswa yang sesuai dgn kelayakan kptsan saya? jika memohon utk mara or jpa,memang out of list coz grade rndh sgt……jd? apa pndpt sifu dlm hal ini????
46.
ezat berkata
Mac 18, 2008 pada 7:18 pm

Salam Sifu.

Saya merupakan lepasan SPM 2007 dan saya memperoleh keputusan yg teruk.

ini keputusan saya,

bm 5c
bi 7d
math 9g
sc 6c
ag 4b
ts.islam 4b
pd 8e
eko 8e
sej 7d

sebenarnya hasrat saya selepas ini hendak melanjutkan pelajaran tetapi saya tidak tahu ke mana arah yg terbaik harus saya tuju dengan keputusan SPM yg tidak seberapa.bidang yg saya minat ialah fotografi dan teknologi maklumat.

saya begitu berharap sifu dapat memberi pandangan dan nasihat.
47.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 7:33 pm

Medanselera,
Kalau dah ke T6, tak payahlah ulang SPM, teruskan saja persediaan STPM. Bila di sana keputusan MUET awak boleh menggantikan prestasi 4B BI awak tu. Nasihat sifu go for Band 3 minimum, band 4 lagilah, tahap maksimum.

Kalau tak yakin akan dapat MUET band 3 tu, maka lebih baik cepat-cepat dapatkan borang. Baca iklan ini, http://www.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=193&Itemid=33
dan dapatkan maklumat dan borang SPM 2008 bagi calon persendirian,
http://www.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=191&Itemid=29
48.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 7:38 pm

Kakibola,
Semua ada peluang. Tetapi jelas dari kelayakan permohonan, fresh student akan dapat tempat lebih banyak berbanding calon lama. Sifu tak tahu langsung polisi rasmi tetapi begitulah mengikut tafsiran sifu apabila melihat syarat permohonan yang disediakan dilamanweb MOHE.
49.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 7:46 pm

ita,
Dari segi strategi merancang kejayaan, PDT adalah lebih baik dari menduduki STPM jika sememangnya hanya merancang nak masuk ke IPTA dalam negara. Jika nak merancang laluan ke luar negara, spt kata Ita sendiri, ambillah laluan ke STPM. memang benar STPM diiktiraf di banyak negara luar termasuklah negara-negara komanwel.

Jika itu niat Ita, then go for CGPA 4.00, maknanya semua 4/5 subjek STPM prinsipal dgn gred A juga.

Keputusan ditangan anda. Nasihat sifu, kalau ke STPM jangan pula menyesal, krn ada banyak suara-suara halus yang boleh membatalkan niat awak tu. Tapi sifu bagi pedoman. Ramai juga pelajar cemerlang terutama dari kalangan kaum cina yang sengaja memilih STPM kerana nilainya tinggi tetapi kos belajar termurah. Begitu juga pelajar kaum lain turut memilih STPM atas faktor yang sama.

Pelajar hanya perlu membayar yuran sekolah dan membeli buku-buku sendiri. Tiada kos wajib lain. Tetapi apabila mendapat keputusan cemerlang awak turut mendapat peluang sama rata dengan pelajar yang mengambil diploma di IPTA/IPTS diiktiraf yang kos pengajian mencecah keseluruhan RM6000-RM10000. Jelas terbukti dalam dada akhbar utama yang melaporkan keputusan STPM baru-baru ini.
50.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 7:48 pm

ita,
Dari segi strategi merancang kejayaan, PDT adalah lebih baik dari menduduki STPM jika sememangnya hanya merancang nak masuk ke IPTA dalam negara. Jika nak merancang laluan ke luar negara, spt kata Ita sendiri, ambillah laluan ke STPM. memang benar STPM diiktiraf di banyak negara luar termasuklah negara-negara komanwel.

Jika itu niat Ita, then go for CGPA 4.00, maknanya semua 4/5 subjek STPM prinsipal dgn gred A juga.

Keputusan ditangan anda. Nasihat sifu, kalau ke STPM jangan pula menyesal, krn ada banyak suara-suara halus yang boleh membatalkan niat awak tu. Tapi sifu bagi pedoman. Ramai juga pelajar cemerlang terutama dari kalangan kaum cina yang sengaja memilih STPM kerana nilainya tinggi tetapi kos belajar termurah. Begitu juga pelajar kaum lain turut memilih STPM atas faktor yang sama.

Pelajar hanya perlu membayar yuran sekolah dan membeli buku-buku sendiri. Tiada kos wajib lain. Tetapi apabila mendapat keputusan cemerlang awak turut mendapat peluang sama rata dengan pelajar yang mengambil diploma di IPTA/IPTS diiktiraf yang kos pengajian mencecah keseluruhan RM6000-RM10000. Jelas terbukti dalam dada akhbar utama yang melaporkan keputusan STPM baru-baru ini.
51.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 7:51 pm

Eisya,
seperti juga nasihat sifu kepada pelajar lain, awak tetap berpeluang masuk matrikulasi kalau tak ke PST mungkin di beri PDT.

Kalau dah tak minat, janganlah apply jadi guru. Nanti awak juga akan menyesal. Degree in law juga boleh. Sifu harap awak ada juga memohon diploma undang-undang di IPTA lain.

kalau tak dapat, masuk aje ke tingkatan enam. Awak tetap berpeluang ke ijazah kemudiannya.
52.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 7:58 pm

Nasrul,
kata-kata orang itu adalah satu dakyah. Apahal pula waste of time. Itu seakan-akan merendah-rendahkan pelajar cemerlang STPM. Yang menjadi masalah ialah ramai pelajar yang masuk ke tingkatan enam lambat berubah atau tidak dapat berubah menjadi lebih baik dari semasa tingkatan lima. Mungkin kerana suasana sekolah, maka mereka bertingkahlaku seperti pelajar menngah atas, walhal mereka ini dah mencapat taraf pra-universiti. Ianya akan membazir masa pelajar jika pelajar itu sendiri hanya belajar jika disogokkan guru sedangkan KBKK dan dorongan kendiri telah menjadi elemen penting kejayaan pelajar. Dari segi percaturan, memanglah STPM berisiko kerana ia hanya diuji diakhir pengajian anda sedangkan di matrikulasi ia mengamalkan sistem semester.

Juga benar, matrikulasi sukar mendapat pointer yang tinggi. Persoalan sebenar ialah, adakah awak suka menjadikan pelajar sebegitu sebagai contoh yang ideal. Tahu tak awak masih ramai pelajar yang cemerlang CGPA 4.00 bagi jurusan sains dan jurusan perakaunan. Pelajar matriks sebeginilah yang awak mesti lihat. Dengan kata lain tak mustahil awak juga boleh mendapat kecemerlangan yang sama di matriks nanti selagi anda menginginkannya sungguh-sungguh.

Apabila masuk matriks, hadiri semua kuliah dengan tekad untuk mengubah sejarah silam SPM awak. SEmakin tinggi cita-cita awak dan semakin popular program ijazah yang bakal anda pohon, maka semakin tinggi CGPA yang harus anda hidangkan kepada UPU ketika memohon tahun hadapan (PST) atau 2 tahun kemudian (PDT).

Permohonan diploma perakaunan dan jurusna perakaunan itu sifu sokong. Anda berkelayakan untuk memohonnya. Best of luck to you.

Pasal biasiswa tu, pohon saja selag boleh, tak dapat tak ape, PTPTN ada selagi layaklah.

Harap anda faham kata-kata sifu.
53.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 9:15 pm

Ezat,
Maaflah apa yang sifu kata akan mengecewakan awak. Nampak gaya peluang awak amat terhad utk kemasukan diploma. Gred Math dan BI awak sendiri menggagalkan peluang itu.

Nasihat sifu, sila ambil SPM ulangan kertas julai ini. Tarikh tutup minggu tak lama lagi, so jangan ragu-ragu. Ambil kertas matematik dan harap-harap ia akan berubah menjadi kredit 5C ke atas. Boleh, yakin dan usaha untuk menukarkan nombor 9 itu. Selagi matematik tak diubah, selagi itu minat awak ke bidang ICT akan sukar menjadi kenyataan di IPTA. Juga ambillah semula BI di bulan November. Kalau anda memilih mengulang kedua-dua Math, dan BI, maka anda juga boleh memilih untuk melakukan patching itu di bulan November, kerana lebih menjimatkan masa. Fahamkan.

Tetapi jika awak ada sumber kewangan, awak bolehlah mencuba memohon masuk ke IPTS. Ramai juga pelajar yang beralih ke IPTS kerana syarat kemasukan agak longgar berbanding IPTS. Apa yang penting ialah kesungguhan awak mengubah nasib ini kepada yang lebih baik. Jika ke IPTS, ambillah program yang diiktiraf oleh AKM (dulunya LAN) dan dari kolej atau universiti yang juga diiktiraf. Awak juga boleh cuba memohon kolej-kolej komuniti yang berdekatan.

Sifu ada mengenali pelajar SPM 2006 lepas yang keputusannya tidak memuaskan, sekarg ini belajar di kolej swasta dengan pembiayaan keluarga sendiri. Beliau mengambil bidang berkaitan IT, tak silap sifu multimedia designs. Itulah sebenarnya minat beliau. Tak tau pula perkembangan pelajar itu, tapi sifu harap yang baik-baik saja.

Tak ada wang atau kos terlalu tinggi, maka awak bolehlah memasuki T6. Tunggu pengumuman JPN masing-masing dalam bulan Mei selalunya. Jika tidak ditawarkan ke t6, merayulah. Dan jika dah ada disana sedarlah STPM sama susahnya mengambil diploma di IPTA atau matrikulasi. Bezanya ialah pelajar STPM berada di sekolah lama awak, manakala pelajar matriks dan diploma di kampus masing-masing. Di STPM nanti, berubahlah dengan erti kata sebenar, dan tunjukkan bahawa awak boleh mendapat keputusan STPM 2009 nanti dengan cemerlang, 4 prinsipal dengan gred A.

Fotografi? UiTM ada menawarkan diploma Diploma Seni Lukis & Seni Reka sebagai laluan ke ijazah fotografi dan pengimejan kreatif. Tetapi macam biasalah, memerlukan awak memenuhi syarat minimum iaitu:
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
· Bahasa Inggeris
· Pendidikan Seni/Lukisan Kejuruteraan/Rekacipta/Seni Reka Tanda/Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan/Sains/Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian/Pengajian Pakaian
DAN
· Lulus Matematik / Matematik Tambahan
SERTA
Tidak rabun/buta warna
Nota: Lulus ujian melukis, kreativiti serta ujian rabun/buta warna dan temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti.

Jadi oleh itu sifu nasihatkan baiki BI awak tahun ini juga, supaya dapat memohon diploma tersebut bagi tahun 2009 pula nanti. Lebih baik lambat tapi dapat daripada tak dapat-dapat, ye tak.
54.
sifu2b berkata
Mac 18, 2008 pada 9:25 pm

Eisya,
Kalau itu dah kehendak eisya, teruskan saja cita-cita awak tu nak jadi doktor. Kalau dapat matrikulasi realisasikan kehendak awak nak baiki prestasi awak. Tak dapat, pergi ke aliran sains di T6. JIka sekolah awak tak ada, cari dan pindah ke sekolah yang ada Form6 aliran sains. Need to sacrifice. Belajar di STPM susah memang susah, belajar di matrikulasi pun apa kurangnya. Belajar di STPM pun ada senangnya, begitu juga di matrikulasi. Yang menjadi penentu utama ialah diri awak sendiri, bagaimana memacu kudrat dan intelek awak seterusnya.

Kalau tak dapat juga jadi doktor, barulah awak berpindah ke diploma undang-undang sepertimana yang awak nak, sebab yang itupun awak layak. Tapi eisya hendaklah sedari juga bahawa ada banyak lagi bidang lain yang eisya boleh ceburi, dan boleh membantu mencapai kerjaya yang lebih baik mengikut kemahiran baru eisya. Ingat, ada orang yang tak minat nak pergi ke bidang perniagaan, pengurusan dan perakaunan. Tetapi apabila mereka rasional dan apabila mendapat peluang sebegitu, dapat mengukir kerjaya baru bagi dirinya serta berjaya di dalam karier tersebut.

Moral of the story, anda tidak gagal dalam hidup, tetapi anda gagal jika tidak berani mengambil peluang alternatif yang juga beri kebaikan yang serupa, kalaupun tak sama.
55.
dyanadileme berkata
Mac 18, 2008 pada 10:50 pm

sifu,
saya nk ucapkan time kasih bebanyak krn sudi jwb persoalan saya.saya ade satu soalan lg…agaknye…kalo kite lepasan ipts…..senang ke nk cari keje?org kate sijil lepasan ipts tak laku..malah lepasan ipta pon ramai yg mengangur…..tlg beri komen sifu…..tq
56.
ezat berkata"

2 comments:

Anonymous said...

Sifu saya nak tanye.. Saya pelajar aliran sains .. saya nak tanya kelayakan untuk masuk ke UTP?

Anonymous said...

Sifu saya nak tanye.. Saya pelajar aliran sains .. saya nak tanya kelayakan untuk masuk ke UTP?