Tuesday, November 10, 2009

Sayang konon.......

: Sayang konon.......: "Kata keramat ini boleh mengetarkan jiwa
Kata yang mengambarkan rasa
Datang tanpa dipinta
Itu semua kurniaNya yang ESA.

Kata ini sukar dilafazkan tetapi kita merasa keindahannya

Sayang pada Allah,Rasul dan Agama
Sayang pada Kedua Ibubapa
Sayang kepada Suami atau Isteri
Sayang pada keluarga
Sayang pada sahabat handai
Sayang pada diri sendiri
Semuanya rasa yang berbeza

Adakah kita menunggu sakaratulmaut
Baru kita nak mengungkapkan sayang pada Allah?

Dihujung nyawa…Rasullullah SAW masih berkata ‘Ummati…Ummati’
Begitu sayangnya Baginda pada kita
Tapi bagaimana kita meletakkan sayang pada Rasullullah SAW?

Kita hidup penuh kemewahan tanpa memperdulikan pegangan agama
Adakah itu caranya sayang pada Agama?

“Anakku adalah segalanya” Begitulah luahan rasa kedua ibu bapa
“alah…mak dan abah boleh uruskan sendiri, saya sibuk lah” itu pula jawab si anak

Salahkah untuk bersifat romantik kepada suami atau isteri
Bagi mengucap syukur kita untuk kehadirannya disisi

Air dicincang takkan putus kata peribahasa
Tapi kita sanggup berpatah arang dengan keluarga kerana kuasanya duit dimata

Sahabat dimasa susah senang cukup payah dicari
Tapi adakah kita jujur dalam persahabatan

Pernahkah kita melihat diri sendiri di hadapan cermin
Adakah kita pernah mengungkapkan sayang?"

0 comments: