Thursday, November 26, 2009

radio amatur

V-17 AMATEUR STATION:9W2XTM: "Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.






KEPERLUAN UNTUK MENJADI PEMEGANG LESEN RADIO AMATUR
Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan lesen peruntukan radas, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan lesen Peruntukan Radas Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9W8-bagi Sarawak dan 9W6-bagi Sabah.Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan lesen PeruntukanRadas Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9M8-bagi Sarawak dan 9M6 bagi Sabah.Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan lesen Peruntukan radas tersebut?Peruntukan radas tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian (RAE) Radio Amateur Examanation yang diadakan 2 kali setahun. Layari laman SKMM iaitu http://www.skmm.gov.my/ untuk mengetahui alamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berdekatan dengan anda."

0 comments: