Monday, November 16, 2009

MENAKUTKAN & MENGGERUNKAN

"Murid-murid disyaki perempuan, amat marah pada cikgu sebab duk menyibuk nak uruskan pergaulan mereka antara lelaki dan pompuan. Lalu di tulis dengan pen merah atas sekeping kertas A4. Cikgu, kami tak suker cikgu menyibuk tentang hal kami, naper nak kacau kami duduk dekat-dekat dengan lelaki? Bla. bla bla, Surat itu dimasukan dengan hormatnya dalam peti aduan.

Berdesing bulu roma mata yang membaca. Kurang gula betul budak-budak zaman teknologi dan globasi ini. Dia tak sedar dan tak tahu, apa yang telah direkodkan seperti dibawah ;

Antara tahun 2000 hingga Julai 2008, seramai 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan. Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari. Menakotkan... Bayangkan berapa pulak bilangannya di masa hadapan, zaman anak cucu kita nanti. Mungkinkah purata 2,500 setiap hari pulak nanti??"

0 comments: