Thursday, November 26, 2009

LAGI BERITA BANJIR

"13 Nov. Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun . Saya telah pergi melawat ke sekitar kawasan yang terlibat bersama - sama ahli parlimen . Terlalu banyak kerugian dan kemusnahan telah dialami oleh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kali ini . Saya yang pergi melawat ke beberapa rumah turut sempat melihat sebuah rumah di Kpg Tapah yang runtuh kerana dilanda arus deras banjir . Mujurlah tuan rumah tersebut sempat terjun dan menyelamatkan diri. begitu pun sebahagian rumahnya ranap menyembah bumi .
Sebuah jambatan gantung di Sg Seputeh juga turut musnah sama sekali akibat arus deras sungai . YB Dato Hamzah telah mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan berkenaan di uruskan segera oleh Jabatan Saliran Daerah . Saya percaya lebih 300 keluarga yang terlibat dengan banjir , walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipindahkan . Menurut rakan - rakan di Selama , mereka terpaksa berenang ke sebuah rumah warga tua untuk menyelamatkannya daripada dihanyut arus banjir pada awal pagi khamis . Tahniah dan syabas atas kesungguhan mereka menyelamatkan ramai keluarga yang tiba - tiba diterperangkap dalam banjir yang naik mendadak .
YB Dato Daud juga hadir pada malam kejadian , saya difahamkan beliau hanya pulang pada jam 6 pagi tadi . .
Kerajaan sekarang sedang mengkaji kaedah yang perlu untuk menghalang banjir ini dari berulang . Perbelanjaan dianggarkan melibatkan puluhan juta ringgit demi kesejahteraan rakyat. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah swt , agar bencana seperti ini tidak lagi melanda kawasan kita ."

0 comments: