Thursday, November 26, 2009

KUBUR YG HARAM DI SISI ISLAM...

9w2znl.blogspot.com: KUBUR YG HARAM DI SISI ISLAM...: "KUBUR ATAUPUN PUSARA...

Inilah tempat orang orang Islam di semadikan, sementara menunggu untuk di HISAB pada hari KIAMAT kelak...

Tanah kubur yang dibangunkan dengan mengunakan bahan-bahan yang dibakar . Lebih menyedihkan ianya dihiasi dengan Ayat-Ayat suci Al-Qur'an yang mana ianya bertentangan dengan Islam .
Rata-rata umat Islam di akhir zaman ini telah mengikuti budaya orang-orang KAFIR sedikit demi sedikit . Jika kita pernah pergi mngerjakan Haji/Umrah , mungkin kita ada menziarahi Perkuburan BAQI' di Madinah dan Perkuburan Di MA'ALA di mekah , Tanah perkuburan ini telah berusia lebih dari 1430 lama nya , namun ianya masih lagi boleh menampung jumlah umat islam yang meninggal dunia sama ada di musim Haji atau Umrah . Ini kerana mereka benar-benar menjadikan tanah perkuburan itu berfungsi sebagai ' Tanah Waqaf' .



Ada lagi…



Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

' Rasullullah SAW juga melarang tanah kubur dibangunkan dengan bahan yang di bakar dari API '

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga...

Manakala hukumnya adalah HARAM jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala...


Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

' Membina bangunan ditanah perkuburan secara tidak lansung , kita telah meng 'HAK' milikkan tanah tersebut , sedangkan tanah perkuburan itu fungsinya adalah 'TANAH WAKAF'.





Yang ini siap ada no Lot 36 lak tu.....








Beramallah dangan ILMU, usah meniru sesuatu amalan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka mereka itu... ( SILA RUJUK KEPADA USTAZ ATAU ORANG ORANG YANG LEBIH ARIF !!! )

LAKUKAN SEGALANYA DENGAN ILMU,TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD..... Itu pesan nenek moyang kita dari dulu lagi..... So, sama sama ler kita tegur & menegur antara satu sama lain..."

0 comments: