Wednesday, October 28, 2009

IKLAN

HUBUNGI
PN SHIDA DI TALIAN 013 4839589.

PROGRAM SEMINAR PENGURUSAN BIJAK TERHADAP ISU KESIHATAN DAN SOSIAL REMAJA

Unit Bimbingan & Kaunseling (UBDK) berjaya menjalankan program tersebut dengan jayanya pada hari ini. Tahniah dan syabas kepada AJK terlibat, para peserta, serta penceramah.

Penceramah dari Klinik Kesihatan Selama, Jabatan Agama Islam Perak, dan Ibu Pejabat Polis Selama.

Semoga input yang diperolehi akan memberikan impak yang positif kepada peserta yang diharapkan dapat dipanjangkan pula kepada rakan-rakan yang tidak berada di majlis ilmu ini

e-Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling 2009





Sesi taklimat e-pelaporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 2009 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah larut, Matang, dan Selama pada 21/10/2009

e-pelaporan merupakan penghantaran laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menggunakan Borang L4 di peringkat sekolah sekolah-sekolah menengah di LMS. Jurulatih Utama daerah Pn Hjh Faridah dari SMK Dr Burhanuddin, Taiping akan mengumpulkan di peringkat daerah. Kemudiannya akan menghantar laporan ke peringkat negeri. Layari www.l4kpm.net untuk maklumat lanjut

Saturday, October 17, 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL SPM MULAI TAHUN 2009

Perubahan ini melibatkan penambahan Gerd A + yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. gred-gred lain diubah seperti berikut:


A+
1A - A
2A - A-
3B - B+
4B - B
5C - C+
6C - C
7D - D
8E - E
9G - G

jumpa Cikgu roslan untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 14, 2009

TAWARAN ISTIMEWA

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK HERBA PRIMA IAITU,

JUS MATE 5,
DR-II,
KOPI ESPRESSO XY,
GAIN 5,
DOC-K.


SILA HUBUNGI PN SHIDA DI TALIAN 013-4839-589

JUS MATE 5
Produk pelangsingan badan terlaris di pasaran


DR-II
Membantu mencerah, menegang, dan melembabkan kulit


Kopi Espresso XY
Minuman Tambahan Tenaga Lelaki paling berkesan


Gain 5
Menambah berat badan

Doc-K
rawatan herba untuk sendi




JANGAN LUPA, CALL @ SMS

PN SHIDA
013-48-39-489


PERGERAKAN GURU KAUNSELING

Cikgu Noor Aini bt Don kini berada di Langkawi mengiringi pelajar yang mengikuti Program e-kasih bermula 12 Oktober hingga 15 oktober 2009



Cikgu Roslan b Ramli mengiringi peserta ke Program Kecemerlangan Akademik 2009 Anjuran Bersama yayasan Perak dan Pejabat Pelajaran LMS di SMK Dato Hj Hussein pada 14 dan 15 Oktober 2009. Mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah

KEMALANGAN JALAN RAYA

Dua orang pelajar Tingkatan Lima SMK Sungai Bayor kini terlantar di hospital kerana kemalangan jalanraya,iaitu Munirah bt Mohamad kelas 5 Sains 1 dan Nor Asilah Kelas 5VT1. Munirah berada Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Nor Asilah pula berada di Hospital Pulau Pinang.


Marilah kita bermunajat kepada Allah s.w.t. semoga mereka berdua ini cepat sembuh. Aminnnn

Sunday, October 4, 2009

SILA LAYARI ..........

Layarilah laman web ini jika anda nak tahu apa yang ada ............



www.videousahawan.com