Wednesday, September 9, 2009

NAK DIBERI TAHU






APAKAH
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk memperkembangkan potensi diri pelajar serta membentu individu membuat penyesuaian peribadi, sosial, dan emosi agar ia dapat berfungsi dengan lebih baik untuk diri sendiri dan persekitarannya seterusnya bahagia hidup di dunia dan akhirat


BAGAIMANA PERKHIDMATAN DIJALANKAN

Perkhidmatan ini dijalankan secara:-
a. Kaunseling Individu
b. Kaunseling Kelompok




APAKAH MATLAMAT BIMBINGAN & KAUNSELING

Matlamat utama Bimbingan & Kaunseling:

MEMPERKEMBANGKAN POTENSI DIRI INDIVIDU UNTUK MEMAHAMI DIRI SENDIRI SERTA PERSEKITARANNYA, DENGAN:


a. Menyediakan perubahan tingkah laku
b. Membantu membuat keputusan
c. Membantu kemahiran daya tindak
d. Mempercepatkan seseorang menjadi rasional terhadap diri dan persekitarannya



OBJEKTIF BIMBINGAN & KAUNSELING

Selepas perkhidmatan dijalankan individu tersebut mempunyai kesedaran kendiri dan membuat keputusan sendiri



APAKAH KAUNSELING INDIVIDU & KELOMPOK

KAUNSELING INDIVIDU ialah pertemuan dan perbincangan antara pelajar (klien) dengan seorang kaunselor
KAUNSELING KELOMPOK ialah pertemuan dan perbincangan antara beberapa orang pelajar(klien) dengan seorang kaunselor




JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING YANG DITAWARKAN

~ Akademik
~ Disiplin

~
Kerjaya
~ Motivasi

~ Peribadi
~ Rakan Sebaya

~ Sosial

~ Kesihatan

~ Keluarga

~ Emosi




CARA MENDAPATKAN KHIDMAT BIMBINGAN & KAUNSELING

Pertemuan secara temu janji

a. Sila dapatkan Borang Temu Janji di Bilik Permata Kasih. Isikan borang tersebut dan kembalikan. Sila tunggu jemputan dari GURU KAUNSELING anda
b. Telefon atau SMS Guru Kaunseling anda
c. Melalui blog ini ( www.sungeibayor.blogspot.com)




MAHUKAH ANDA MEMBINA
Diri anda yang sebenar
Masa depan yang cemerlang
Imej diri yang lebih positif
Pengurusan diri yang lebih sistematik
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA DALAM PERKARA - PERKARA BERIKUT:
* AKADEMIK
* PERIBADI DAN SOSIAL
* KERJAYA
DALAM BENTUK
* KAUNSELING INDIVIDU
* KAUNSELING KELOMPOK



SEGERA TEMUI, GURU KAUNSELING ANDA

* MOHD ROSLAN BIN RAMLI
* NOOR AINI BT DON






0 comments: