Friday, September 11, 2009

PENGUMUMAN DEMI PENGUMUMAN

1 Unit Bimbingan & Kaunseling sedang mengadakan pertandingan Kuiz Anti Dadah. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah ini. Penyertaan secara kumpulan, iaitu satu kumpulan seramai tiga orang. Penghantaran jawapan kuiz tersebut adalah secara bebas dan berdasarkan kreativiti kumpulan masing-masing. hadiah lumayan disediakan kepada para pemenang.
2. PRS sedang menganjurkan projek Drop Book Zone. Tujuan adalah untuk mengumpulkan buku-buku atau majalah-majalah lama bagi tujuan (1) didermakan semula kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan (2) dibuat jualan amal buku tersebut, hasil jualan buku tersebut akan didermakan kepada pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik. Sehubungan itu, diharapkan guru-guru dapat memberi sumbangan buku dan majalah terpakai. Cuma diharapkan janganlah menyerahkan buku dan majalah yang tidak layak didermakan, dengan perkataan lain janganlah derma buku atau majalah yang buruk, koyak, dan yang dah lama
3, Pada 17 September 2009 iaitu hari Khamis malam Jumaat akan diadakan majlis bacaan yaasin, khatam al-Quran, berbuka puasa. Semua dijemput hadir. Program dianjurkan oleh PIBG SMK Sg Bayor. Tahniah dan syabas kepada setiausaha PIBG, Cik Mariani bt Mazelan dan Bendahari, Cik Aini Azlina. Hadapi setiap rintangan dengan tabah ............... Bersedia atau tidak bolos saja masalah itu
4. Bulan September ini, semua pelajar tingkatan 5 sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Jawab dengan tenang dan sempurna, jangan nak tudur dan tak siap. SPM akan menentukan masa depan kalian semua.
5. Amat dikesali sikap segelintir pelajar yang tidak berpuasa. Buktinya adanya puntung rokok di tempat-tempat ( atau port ) pelajar merokok. Percayalah jika perangai ini berlaku ianya akan berterusan sehingga dewasa, iaitu tidak berpuasa walaupun sudah dewasa. Entahlah mungkin zaman ini pelajar lelaki pun uzur syarie macam pelajar perempuan. Teringat seorang ustaz berkata dalam satu program tazkirah ramadhan, kita sudah tak takut dengan Allah dan kita sombong dengan Allah.
6. Hari ini telah berjaya membentuk Jawatankuasa Skim Lencana Anti Dadah. Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah terpilih menganggotai pasukan Jawatankuasa SLAD ini.
7. Pengetua kita, Cikgu Mohamad Sharif bin Sarmin, pada hari Selasa lepas telah menghadiri temuduga Pengetua Cemerlang DG52. Pada hari Rabunya pula ada beberapa pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak yang hadir ke sekolah untuk memantau pengetua. Didoakan semoga Pengetua berjaya ............... DG52
Disediakan oleh
Mohd Roslan b Ramli
Guru Kaunseling

0 comments: