Tuesday, September 8, 2009

Guru Media SMK Sg Bayor

Cikgu Ros

Pn Roslilawati bt Abd Rashid merupakan Guru Perpustakaan Media sekolah ini. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1999.Menperolehi Ijazah sarjanamuda Ekonomi dari Universiti Pertanian(kini , Putra) Malaysia. SMK Shing Chung, Sg Siput merupakan sekolah pertama beliau berkhidmat kemudian bermusafir ke SMK Sungai Bayor kerana mengikut suaminya yang berkhidmat di SMK Dato Hj Hussein, Selama, Perak. Kini telah bermukim di Selama kerana beliau sekeluarga telah membina teratak indah di Selama.

Mengimbau perkenalan dengan suaminya, Cikgu Roshdi, Cikgu Ros menyatakan beliau berkenalan dengan suaminya semasa belajar di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang . Kini pasangan bahagia ini dikurniakan 3 orang anak lelaki yang comel dan lasak.

Cikgu Ros telah dipertanggungjawabkan ke atas Pusat Sumber Sekolah. Banyak usaha beliau telah dilakukan bagi menceriakan PSS agar PSS menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh murid dan seluruh warga kerja sekolah ini.

Kepada Cikgu Ros teruskan usaha dan jangan jemu agar dapat memacukan PSS terus gemilang.

0 comments: