Monday, September 28, 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2010/2011

  • BAYARAN RM10.60 UNTUK MENDAPATKAN NOMBOR UNIK ID DI MANA-MANA BSN
  • LAYARI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
  • ( http://upu.mohe.gov.my )
  • PERMOHONAN APLIKASI DLM TALIAN MELALUI 2 FASA:-
FASA 1: PENDAFTARAN MAKLUMAT PERMOHONAN ( 2 NOV HINGGA 31 DIS 2009)

FASA 2: PENGESAHAN DLM PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN ( 2 FEB HINGGA 30 MAC 2010)


RUJUK CIKGU ROSLAN B RAMLI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2010

  • Permohonan adalah percuma dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
  • Permohonan secara online ( Aplikasi atas talian) mulai 30 September 2009

TIADA DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN.
PERMOHONAN ADALAH PERCUMA



Rujuk Guru Kaunseling untuk mendapatkan maklumat lanjut




PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEPENUH MASA PROGRAM SIJIL KOLEJ KOMUNITI SESI JANUARI 2010

  • Beli nombor PIN di mana-mana Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM6.00
  • Permohonan dibuat mulai 13 September 2009
  • Layari http://www.spkk.edu.my


Sampaikan atau hebahkan kepada sesiapa yang telah menduduki SPM

Saturday, September 26, 2009

KARNIVAL KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG, DAN SELAMA, NEGERI PERAK


ANDA KENAL SIAPA DIA?




Friday, September 25, 2009

LIHAT LAH...............


ANAK SAPA LA NI ?

Glamor la Adam, seantero dunia. Cayo lah.


Wednesday, September 23, 2009

TRAGEDI EIDUL FITRI DI SG TENGAS, KEDAH

Keremukan hentaman kereta yang terlibat




Kopak duit raya..... aku




Aku yang tak bersalah terlibat sama dalam kemalangan 2 dalam 1. Naza Ria abang Man...




Motor Kriss yang menghentam Naza Ria abang Man



Terbang .............. Duit aku

RAYA 2009

Adam segak bergaya di pagi Eidul Fitri





Dah tukar baju .....







Adam menyalami erti Eidul Fitri dengan mak tok

Merenung tajam.....

Friday, September 18, 2009

BREAKING NEW

Tuan Pengetua, En Mohamad Sharif bin Sarmin, akan bertukar ke
SMK Kubu Gajah, Selama, Perak.

Selamat bertugas di tempat baru di ucapkan kepada Pengetua kita yang dikasihi.

Dan kita warga SMK Sg Bayor menunggu siapa yang akan memegang tampuk sebagai Pengetua a.k.a CEO SMK Sungai Bayor

Wednesday, September 16, 2009

MUKIM SINTOK UUM MENANTI ANDA .....






Sebahagian panorama indah UUM, sebuah universiti pengurusan terulung di negara ini.



SELAMAT EIDUL FITRI

PERGI TAK KEMBALI

ayah & mak
pemergian kalian tak ku pinta
kehilangan kalian tak ku duga
yang pasti ..........
kalian pergi jua
tanpa sepatah kata


ayah & mak
pemergian kalian membawa seribu makna
melerai kasih yang tak terhingga
tanpa ku sedari seumpamanya tersedia
untuk ku hadapi rintangan yang ada


ayah & mak
kini ku sedari segalanya
yang ia hanya tuntutan hidup manusia
yang pergi ada hikmahnya
yang tinggal teruskan kehidupannya
dan dengan itu
ku pasrah





ALFATIHAH
untuk mereka yang sedang berada di alam barzakh

KEPADA MURID TINGKATAN 5

Tawaran Program Pengajian di Peringkat Diploma, Higher National Diploma, Pra-Ijazah, dan Ijazah Institusi Pendidikan MARA ( IPMa)



Syarat kelayakan kemasukan:-

1. Bumiputera
2. Lepasan SPM ( minima 3 kepujian )


Layari:
http://online.mara.gov.my/upimonline





Monday, September 14, 2009

LATAR BELAKANG MURID SMK SUNGAI BAYOR

1. SMK Sg Bayor terletak di kawasan Ulu Selama. Kawasan ini dikenali dengan penduduknya yang berketurunan Melayu tetapi merupakan kumpulan pelarian orang-orang Melayu Patani yang meninggalkan kampung halaman mereka semasa Siam mula memerintah Patani pada awal abad ke dua puluh. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penduduk di sini kental dengan hidup dalam serba kekurangan dan kepayahan. Kawasan kediaman mereka juga jauh dari kawalan pusat pentadbiranmenyebabkan mereka agak bebas, berdikari, dan sukar dikawal. Namun begitu pegangan agama di kalangan ahli masyarakat adalah kuat dan ini merupakan faktor yang positif ke arah pembentukan masyarakat yang lebih madani
2. Generasi Melayu Pattani yang berada di bangku sekolah menengah sekarang ini merupakan generasi ketujuh daripada generasi pendatang asal. Kehidupan di dalam masyarakat kini adalah lebih selesa berbanding dengan kehidupan dalam tahun-tahun 70-an dan sebelumnya. Namun begitu masih ramai lagi penduduk yang tinggal agak jauh di pedalaman dan suasana kampung masih tidak jauh berbeza dengan kehidupan tahun-tahun terdahulu.
3. Apa yang menarik ialah arus pemodenan telahpun sampai hingga ke ceruk kampung di kawasan ini. Gejala ini dapat dilihat daripada berubahnya corak pekerjaan, kebebasan wanita, peralatan rumah, jenis-jenis kenderaan dan pengaruh media massa. Kini lebih ramai penduduk yang telah bekerja di kilang sehinggakan terdapat juga suami isteri yang sama-sama bekerja di kilang-kilang. Anak-anak ke sekolah atau bermain di rumah biasanya tiada kawalan ibu bapa. Perlu juga disebut di sini bahawa masih ramai lagi ibu bapa yang mengekalkan pekerjaan tradisional mereka dan masih juga bersikap dengan sikap yang lama. Seperti penduduk bandar wanita-wanita muda meninggalkan rumah tanpa mengira waktu sama ada siang ataupun malam untuk bekerja di kilang-kilang. Kesenangan hidup hasil daripada pendapatan yang agak tetap memungkinkan mereka membeli peralatan rumah dan barangan elektrik untuk hidup lebih selesa. Pemilikan kenderaan terutama motosikal adalah cukup meluas sehinggakan kanak-kanak sekolah rendah pun berani menunggang motosikal di jalan raya. Pengaruh media massa seperti televisyen, internet dan majalah hiburan setanding dengan mana-mana tempat di Malaysia.
4. Kesan daripada berubahnya corak sosio-budaya dan keselesaan hidup ini dapat dilihat daripada karenah dan tingkah laku murid-murid di sekolah menengah:-
a) Ramai yang tidak berminat dengan lapangan akademik. Mereka mungkin ketinggalan dalam pelajaran mereka sehinggakan kemajuan mereka terabai dan sukar dapat dipaiki lagi. Kehadiran ke sekolah adalah satu rutin yang dituntut daripada peringkat umur mereka
b) Ramai pelajar yang tidak mempunyai perspektif hidup yang jelas. Mereka seolah-olah menyerahkan masa depan mereka kepada nasib dan takdir
c) Perkembangan dan peningkatan iman dan ketaqwaan mereka terbantut. Mereka tidak berminat dengan mata pelajaran akademik. Mata pelajaran Agama Islam juga diajar seperti mata pelajaran lain terpisah daripada jiwa agama. Ibu bapa juga tidak menjadi pendorong dan penggerak kepada perkembangan jiwa agama di kalangan anak-anak mereka
d) Pengaruh pasca modenasasi telah menjalar di kawasan ini dan dapat dilihat dari;
~ anak-anak muda yang tidak segan pilu untuk meniru dan menggayakan budaya pinggiran masyarakat barat (stail pakaian dan tingkah laku penyanyi barat )
~ suka dan minat kepada corak pakaian selekeh;
~ meniru lagak gaya artis-arti stempatan;
~ berminat dengan gaya kehidupan yang bebas dan tidak sabar untu mengalami kehidupan berseronok-seronok;
~ merasa bangga apabila mempunyai teman lelaki (atau teman perempuan bagi pelajar lelaki) dan sanggup mengikut lelaki berpoya-poya;
~ bertambahnya kes-kes salah laku di kalangan pelajar lelaki dan perempuan terutama dalam kes-kes kejantinaan
5. Gambaran ekstrem ini sengaja dipaparkan untuk menunjukkan bahawa masalah sosial dan keruntuhan akhlak ini adalah benar-benar berlaku dan wujud dalam masyarakat yang dianggap masyarakat kampung pedalaman. Pada sesetengah orang masyarakat yang sebegini masih lagi dapat mempertahankan kesucian, kemurnian, dan keluhuran kehidupan yang berteraskan agama. Akan tetapi tanggapan yang sedemikian boleh dikatakan meleset pada waktu ini. yang paling membimbangkan ialah sikap acuh tak acuh kepada agama, tidak menunjukkan rasa takut kepada Allah. Keadaan ini memudahkan pengaruh luar untuk menggoncangkan dan menghakis aqidah mereka

Friday, September 11, 2009

PENGUMUMAN DEMI PENGUMUMAN

1 Unit Bimbingan & Kaunseling sedang mengadakan pertandingan Kuiz Anti Dadah. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah ini. Penyertaan secara kumpulan, iaitu satu kumpulan seramai tiga orang. Penghantaran jawapan kuiz tersebut adalah secara bebas dan berdasarkan kreativiti kumpulan masing-masing. hadiah lumayan disediakan kepada para pemenang.
2. PRS sedang menganjurkan projek Drop Book Zone. Tujuan adalah untuk mengumpulkan buku-buku atau majalah-majalah lama bagi tujuan (1) didermakan semula kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan (2) dibuat jualan amal buku tersebut, hasil jualan buku tersebut akan didermakan kepada pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik. Sehubungan itu, diharapkan guru-guru dapat memberi sumbangan buku dan majalah terpakai. Cuma diharapkan janganlah menyerahkan buku dan majalah yang tidak layak didermakan, dengan perkataan lain janganlah derma buku atau majalah yang buruk, koyak, dan yang dah lama
3, Pada 17 September 2009 iaitu hari Khamis malam Jumaat akan diadakan majlis bacaan yaasin, khatam al-Quran, berbuka puasa. Semua dijemput hadir. Program dianjurkan oleh PIBG SMK Sg Bayor. Tahniah dan syabas kepada setiausaha PIBG, Cik Mariani bt Mazelan dan Bendahari, Cik Aini Azlina. Hadapi setiap rintangan dengan tabah ............... Bersedia atau tidak bolos saja masalah itu
4. Bulan September ini, semua pelajar tingkatan 5 sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Jawab dengan tenang dan sempurna, jangan nak tudur dan tak siap. SPM akan menentukan masa depan kalian semua.
5. Amat dikesali sikap segelintir pelajar yang tidak berpuasa. Buktinya adanya puntung rokok di tempat-tempat ( atau port ) pelajar merokok. Percayalah jika perangai ini berlaku ianya akan berterusan sehingga dewasa, iaitu tidak berpuasa walaupun sudah dewasa. Entahlah mungkin zaman ini pelajar lelaki pun uzur syarie macam pelajar perempuan. Teringat seorang ustaz berkata dalam satu program tazkirah ramadhan, kita sudah tak takut dengan Allah dan kita sombong dengan Allah.
6. Hari ini telah berjaya membentuk Jawatankuasa Skim Lencana Anti Dadah. Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah terpilih menganggotai pasukan Jawatankuasa SLAD ini.
7. Pengetua kita, Cikgu Mohamad Sharif bin Sarmin, pada hari Selasa lepas telah menghadiri temuduga Pengetua Cemerlang DG52. Pada hari Rabunya pula ada beberapa pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak yang hadir ke sekolah untuk memantau pengetua. Didoakan semoga Pengetua berjaya ............... DG52
Disediakan oleh
Mohd Roslan b Ramli
Guru Kaunseling

Thursday, September 10, 2009

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3

1. PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP )


Permohonan untuk ke SBP dibuka sekarang. Pelajar yang telah mendapat kelulusan percubaan PMR dan memenuhi syarat minimum iaitu memperolehi B dalam subjek Sains dan Matematik layak memohon. Selepas 01 September 2009, online akan dibuka di alamat http://moe.gov.my/. Setelah online diisikan, sila print dan dihantar kepada Guru Kaunseling untuk simpanan sekolah dan di hantar ke PPD LMS
2. PERMOHONAN PIN UNIK PERMOHONAN KE MRSM
Kepada pelajar tingkatan 3 yang berminat dan layak, harap berjumpa dengan Cikgu Noraini dengan segera untuk urusan pembelian No Pin tersebut. Rujuk laman web: http://www.mara.gov.my/
3. PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA
Jumpa Cikgu Noraini untuk maklumat lanjut. Layari http://www.rmc.edu.my/
KEPADA SEMUA CALON PMR 2009
SEMOGA ANDA BEROLEH KEJAYAAN DALAM PMR KELAK
2BD#1

Wednesday, September 9, 2009

NAK DIBERI TAHU






APAKAH
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk memperkembangkan potensi diri pelajar serta membentu individu membuat penyesuaian peribadi, sosial, dan emosi agar ia dapat berfungsi dengan lebih baik untuk diri sendiri dan persekitarannya seterusnya bahagia hidup di dunia dan akhirat


BAGAIMANA PERKHIDMATAN DIJALANKAN

Perkhidmatan ini dijalankan secara:-
a. Kaunseling Individu
b. Kaunseling Kelompok




APAKAH MATLAMAT BIMBINGAN & KAUNSELING

Matlamat utama Bimbingan & Kaunseling:

MEMPERKEMBANGKAN POTENSI DIRI INDIVIDU UNTUK MEMAHAMI DIRI SENDIRI SERTA PERSEKITARANNYA, DENGAN:


a. Menyediakan perubahan tingkah laku
b. Membantu membuat keputusan
c. Membantu kemahiran daya tindak
d. Mempercepatkan seseorang menjadi rasional terhadap diri dan persekitarannya



OBJEKTIF BIMBINGAN & KAUNSELING

Selepas perkhidmatan dijalankan individu tersebut mempunyai kesedaran kendiri dan membuat keputusan sendiri



APAKAH KAUNSELING INDIVIDU & KELOMPOK

KAUNSELING INDIVIDU ialah pertemuan dan perbincangan antara pelajar (klien) dengan seorang kaunselor
KAUNSELING KELOMPOK ialah pertemuan dan perbincangan antara beberapa orang pelajar(klien) dengan seorang kaunselor




JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING YANG DITAWARKAN

~ Akademik
~ Disiplin

~
Kerjaya
~ Motivasi

~ Peribadi
~ Rakan Sebaya

~ Sosial

~ Kesihatan

~ Keluarga

~ Emosi




CARA MENDAPATKAN KHIDMAT BIMBINGAN & KAUNSELING

Pertemuan secara temu janji

a. Sila dapatkan Borang Temu Janji di Bilik Permata Kasih. Isikan borang tersebut dan kembalikan. Sila tunggu jemputan dari GURU KAUNSELING anda
b. Telefon atau SMS Guru Kaunseling anda
c. Melalui blog ini ( www.sungeibayor.blogspot.com)




MAHUKAH ANDA MEMBINA
Diri anda yang sebenar
Masa depan yang cemerlang
Imej diri yang lebih positif
Pengurusan diri yang lebih sistematik
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA DALAM PERKARA - PERKARA BERIKUT:
* AKADEMIK
* PERIBADI DAN SOSIAL
* KERJAYA
DALAM BENTUK
* KAUNSELING INDIVIDU
* KAUNSELING KELOMPOK



SEGERA TEMUI, GURU KAUNSELING ANDA

* MOHD ROSLAN BIN RAMLI
* NOOR AINI BT DON






Tuesday, September 8, 2009

Guru Media SMK Sg Bayor

Cikgu Ros

Pn Roslilawati bt Abd Rashid merupakan Guru Perpustakaan Media sekolah ini. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1999.Menperolehi Ijazah sarjanamuda Ekonomi dari Universiti Pertanian(kini , Putra) Malaysia. SMK Shing Chung, Sg Siput merupakan sekolah pertama beliau berkhidmat kemudian bermusafir ke SMK Sungai Bayor kerana mengikut suaminya yang berkhidmat di SMK Dato Hj Hussein, Selama, Perak. Kini telah bermukim di Selama kerana beliau sekeluarga telah membina teratak indah di Selama.

Mengimbau perkenalan dengan suaminya, Cikgu Roshdi, Cikgu Ros menyatakan beliau berkenalan dengan suaminya semasa belajar di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang . Kini pasangan bahagia ini dikurniakan 3 orang anak lelaki yang comel dan lasak.

Cikgu Ros telah dipertanggungjawabkan ke atas Pusat Sumber Sekolah. Banyak usaha beliau telah dilakukan bagi menceriakan PSS agar PSS menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh murid dan seluruh warga kerja sekolah ini.

Kepada Cikgu Ros teruskan usaha dan jangan jemu agar dapat memacukan PSS terus gemilang.

Thursday, September 3, 2009

SEKADAR BERBICARA

S:Kenapa dinamakan blog ini Sungei Bayor, kenapa tidak Sungai Bayur

J: Orang sg bayor rata-ratanya berasal dari petani, loghatnya petani jadi orang sg bayor cakap su/ngei bukan su/ngai. Kalau Bayur menunjukkan orang tersebut adalah orang luar, orang sg bayor sebut ba/yor bukan ba/yu

S; Blog UBK SMKSB kurang cerita kaunseling
J: Menjadi hasrat saya selaku pentadbir blog ini, pengisian blog ini ada cerita sekolah dan cerita berkaitan peribadi. Saya juga berhasrat nak masukkan banyak gambar dan kurang berkaitan penulisan kerana ada pepatah mengatakan sekeping gambar dapat menceritakan sejuta perkataan

S; Tak mengancamlah blog ini.
J: Memang diakui blog ini kurang mengancam dan habat kerana saya masih dalah proses pembelajaran. Saya berjanji akan membuatkan blog ini hebat dan mengancam. Saya juga berjanji akan kerap up-datekan blog ini. Sehubungan itu maklum balas pengunjug blog ini amat diharapkan


PENGUMUMAN

1. Pelajar Tingkatan Lima yang mengisi borang matrikulasi KPM, sila hantar borang tersebut dengan segera. Jangan tunggu saat akhir.

2. Guru kaunseling SMK Sg Bayor
2.1 Cikgu Roslan b Ramli
2.2 Cikgu Noraini bt Don



Jumpa lagi,

Wednesday, September 2, 2009

TERIMA KASIH CHEGU AMINUDDIN

Rasa terhutang budi atas tunjuk ajar Chegu Aminudin, Guru ICT SMK Sungai Bayor kerana merealisasikan impian UBK SMKSB adanya blog sebagai titian dengan warga SMKSB dan menyahut cabaran dunia ICT ini.

SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH. HANYA ALLAH YANG MEMBALAS BUDI BAIK ANDA


Anak Peribumi a.k.a ADIBAYOR SAPUTRA

PERPUSTAKAAN SMK SG BAYOR




Pengurusan dan pentadbiran Pusat sumber Sekolah dibawah kendalian Pn Rosilawati bt Abd Rashid. Teruskan usaha gigih anda memajukan dan menceriakan PSS demi anak-anak didik kita.


KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG, DAN SELAMA TAHUN 2009
















BILIK PERMATA KASIH
















Sebahagian panorama indah Bilik Permata Kasih. Bilik Permata Kasih merupakan jenama yang diberikan kepada Bilik Bimbingan Dan Kaunseling. Semua murid dialu-alukan hadir ke bilik ini

GAMBAR RAYA TAHUN 2008











SELAMAT PENGANTIN BARU EJAI & AYU








Semoga berbahagia


GUA KELAM 2, PERLIS




Gua Kelam Perlis.